Saturday, November 7, 2009

Baik vs Biasa-Biasa Saja

Manusia yang ada fikir agama. Lahir pulak sebagai Muslim. Kenal surau-masjid. Reti dan faham tentang agama tapi terkena penyakit “sasau setan”. Penyakit yang lebih teruk daripada babi yang terkena sawan babi. Golongan manusia yang sejenis ini meragui akan keupayaan mereka untuk membuat keputusan sama ada mahu jadi “baik atau biasa-biasa saja.”

Terkadang ada datang lamunan dan ilitzam halus dari lubuk hati mereka untuk mendekati agama. Namun, disebabkan penyakit sasau setan yang kronik membelit batin mereka, maka niat yang baik itu terhapus begitu saja. Ada kalanya ia angkara setan sendiri (yakni setan yang anak cucu iblis laknat). Itu hal lain, sebab ianya berpunca total daripada individu itu sendiri.

Di mana posisi diri sendiri mahu diletakkan sebenarnya berpunca daripada desakan dan keyakinan individu itu sendiri. Soal angkara setan itu cuma sebab yang kecil sahaja. Mereka sering berkata:

“Ah…awal lagi, nanti umur 40 aku pergilah surau…”

“Malulah pergi surau….rilek lu lah….”

“…oh..gila kau…alim sangat tak leh jugak bro….”

“Alah…buat apa jadi lebai sangat…selamba ya-ya ok ape….”


Itu cuma sebahagian celoteh laknat bebudak jahil yang kehausan agama sebenarnya. Dan yang pasti golongan atau kawanan makhluk derhaka ini biasanya benci dan gelisah bila telinga, mata, hati dan lidahnya dijamu dengan pelbagai juadah yang berperisa agama. Hati, telinga, hidung dan jiwa kawanan mahkluk sengsara ini akan terbakar dan hangus jika secara tidak sengaja terserempak dengan gejala-gejala atau isu yang berkaitan dengan agama.

Sebab apa? Sebab hati, telinga, mata dan jiwa pepuak ini sudah gelap-gelita lagi berselaput najis setan. Kesian pun tak guna. Tapi, itulah hakikatnya. Mendengar penjelasan tentang agama atau kehidupan akhirat, terdengar azan atau bacaan quran seperti hati mereka telah disimbah petrol atau minyak tanah. Begitulah dasyatnya aura agama.

Memang patut pun itu berlaku sebab hati dan jiwa kawanan makhluk Tuhan yang derhaka ini telah didiami oleh setan sejak beberapa lama dan sudah pasti bila dihadapkan dengan ayat-ayat Tuhan hati terus panas.

Tapi, apa boleh buat mereka masih lagi berkira-kira untuk buat keputusan sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja. Masih lagi dungu untuk buat keputusan sama ada nak masuk api atau masuk syurga. Sedang lagi bodoh berfikir nak minum air susu syurga atau nak minum air nanah neraka. Semuanya masih dalam kesamaran. Itulah kesan petualangan musuh jahat yakni setan laknat. Dan sebenarnya ia bukan salah setan, tapi individu itu sendiri yang bangang masih lagi bodoh (walaupun ada degree,SPM 19A,ada Phd,harta banyak dll) untuk buat keputusan. Nak jadi baik atau biasa-biasa saja.

Inilah penyakit ‘sasau setan’ yang jelek lagi memeningkan kepala. Kekawanan makhluk derhaka yang ‘blur’ memilih jalan ini sebenarnya amat lemah dan lembek. Mereka menjadi penakut dan pengecut. Semua perkara yang dilakukan akan menemui kebuntuan. Keadaan wajah kawanan mahkluk berhati mati memanglah ‘suram’ dan muram durjana. Percakapan mereka semuanya batil dan hilang punca.

Puak-puak yang sesat memilih jalan (sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja) ini amat sukar untuk berada dalam ketenangan. Jiwa mereka sentiasa gelisah dan lapar. Dahaga dan haus mencari sesuatu yang tidak diketahui apakah gerangan ‘sesuatu’ itu. Kesian pun tak guna. Malang sekali puak-puak berhati mati ini amat suka dan gemar berpaling daripada jalan kebenaran.

Sesekali terserempak dengan jalan kebenaran mereka akan segera berpaling muka, menukar haluan dan menyingsing tubuh dan menyimpang jauh ke jalan yang bersetankan iblis laknat. Akhir sekali, tiada lagi soalan -“sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja”. Dan hati kekawanan yang kesesatan ini akan terus hitam legam dan punah. Bersaranglah setan laknat dan segala macam makhluk kotor di hatinya.

Tiada lagi gemar mendengar berita-berita agama. Tiada lagi cenderung ingin berdamping dengan ayat-ayat kebenaran. Hilang terus keinginan untuk bertanya soalan -“sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa”. Keputusan yang paling bangang akhirnya dipilih iaitu-


“biarlah aku jadi biasa-biasa saja”


Malang sekali kerana jalan yang “biasa-biasa saja” itu sebenarnya adalah jalan setan laknat. Dan stesen berhentinya kepada jalan “biasa-biasa saja ” itu adalah neraka Tuhan yang telah siap dibina. Malanglah dengan jalan pilihan berbunyi “biasa-biasa saja”
Jadi, apa boleh buat? Keputusan dan keinginan kepada jalan yang malang itu dibuat oleh si empunya diri. Tiada siapa yang mampu menghalang kecuali dengan izin Tuhan.

Rugilah mereka kerana tersilap pilih jalan.Jalan yang disangka “biasa-biasa saja” itu sebenarnya seburuk-buruk jalan. Agama tidak menyediakan banyak jalan untuk pergi kepada kebenaran dan hari kemudian. Hanya ada satu jalan yang betul iaitu

Arab sebut-“ih dinassiro tholmustaqiiim”
Melayu sebut-“jalan yang lurus”
Mat saleh cakap-“the right path”-
Dutch cakap-“Het juiste pad"
Italian said-“il sentiero giusto"
-Deutch kata“Der richtige Pfad“
-Spainish dijo -“el sendero correcto"


Jadi, apa jadahnya mereka yang berhati mati nak sibuk-sibuk jadi “biasa-biasa saja”?. Agama sediakan satu jalan saja. Hanya ada satu kaedah saja. Hanya ada satu petunjuk saja. Cuma ada satu haluan saja. Jalan yang lurus saja. Iaitu dengan cara jadi baik. Jadi baik mestilah dengan cara agama. Jadi baik seperti mana yang agama takrifkan. Jadi baik seperti yang Tuhan mahukan. Bukan jadi baik seperti kafir. Setiap yang kafir nescaya tiada satu pun kebaikan pada mereka. Jadi, yang benar-benar baik hanyalah ikut cara Islam. Islam itu baik dan yang baik itu belum tentu lagi benar-benar baik menurut Islam.

Orang kafir buat baik-berkahwin, jaga anak, bagi makan anak, hormat orang lain, buat kebajikan bantu orang susah tapi sembah selain Tuhan. Maka, gugurlah kebaikan itu sebagai yang diertikan mengikut piawaian yang Islam tetapkan. Jadi, soal nak jadi “biasa-biasa saja” Islam tak ajar dan tak pernah sebut. Yang ada cuma satu jalan yakni jalan lurus. Dan, selain daripada jalan yang lurus itu semuanya jalan sesat, jalan adik beradik setan, jalan bengkok dan jalan menuju ke jahanam.

Jadi, persoalan yang paling bodoh iaitu “baik atau biasa-biasa saja” memang haram tak perlu sebut. Sudah terang nyata ia hanya jalan adik beradik setan. Islam mengajar jadi baik mengikut maksud ‘baik’ yang sebenar. Dan jalan “biasa-biasa saja” adalah jalan orang yang bangang yakni sebangang setan laknat. Mereka cuba mencipta erti “baik’ itu mengikut kepala otak berjambul mereka sendiri. Akhirnya kebaikan yang dicari ada dalam api. Malangnya dan jangan kesian. Siapa lagi yang dapat menolong diri andai badan sudah dimakan api.


Emak ayah isteri jiran semuanya lari,
Kawan rakan taulan dan teman menjauh diri,
Duduklah bersimpuh gejolak dibakar api,
Perit pedihlah menahan panas si api nerakawi,
Oh, rugi dan malang apa nak jadi,
Sesalan tiada nilainya lagi,

Oh,api nerakawi menjilat badan,
Meranalah tuan sekehendak seksaan
Punahlah harapan dek buta memilih jalan,
Jalan Tuhan kau pesongkan,
Jalan setan kau hadap sembahkan,

Apalah nasib oh si dungu malang,
Hitam dan legamlah rupa berbalang,
Jadilah hamba rugi dan jalang,
Merana sengasara berbakar menjulang..


A/A/S: Pilih jalan biar betol-betolan. Jangan silap jangan ralat. Biar selamat tempat dituju. Jangan ikut setan jangan ikut kawan. tapi, ikutlah Tuhan nescaya aman.

Thursday, November 5, 2009

Tanda-tanda Lemah Iman

1) Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah

2) Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an

3) Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat

4) Meninggalkan sunnah

5) Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah

6) Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.

7) Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah

8) Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah

9) Menginginkan kemewahan dan kekayaan

10) Kikir dan bakhil, tidak mahu memberi rezeki yang dikeruniakan oleh Allah

11) Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12) Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya

13) Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh

14) Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid

15) Tidak mau memperhatikan kondisi kaum muslimin

16) Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam

17) Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan

18) Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti

19) Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu materi kebendaan

20) Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri

Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita:

1) Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka Insya Allah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimum, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.

2) Menyadari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.

3) Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudhu dengan benar. Mengetahui arti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.

4) Menghadiri majlis-majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majls-majlis seperti itu.

5) Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan mengantarkan kepada perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bershadaqah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara berjemaah-istiqamah.

6) Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.

7) Mengingat fasa-fasa kehidupan akhirat, fasa ketika kita diletakkan dalam kubur, fase ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga, atau neraka.

8) Berdo'a, menyedari bahwa kita memerlukan Allah. Merasa kecil di hadapan Allah.

9) Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala harus kita tunjukkan dalam aksi. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima sholat-sholat kita, dan
sentiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari sebelum tidur, sebaiknya kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang
hari itu.

10) Menyedari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan
perbuatan buruk.

11) Semua yang terjadi adalah karena Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah.

Wednesday, November 4, 2009

Bila Masa Kena Hormat Pendapat Orang Lain?

Bercakap pasal hormat mesti suatu benda yang rumit. Dan sudah pasti ramai manusia yang sudah akil baligh tahu dan faham akan maksudnya. Senang cerita jom rujuk kamus dewan dulu:

Hormat: sanjung, muliakan, agungkan, utamakan

Hormat: perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2. menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3. sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1. memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2. diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1. memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2. memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1. pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikurniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2. nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3. kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1. orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2. yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3. orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~.


Ok, jadi mungkin sudah jelas pengertian maksud perkataan hormat itu. Dan bila masa atau waktu bila yang sesuai kita kena hormat dengan pendapat orang lain. Kalau pendapat itu cuma tentang 'mee goreng basah' atau 'seluar dalam' atau tentang 'bini' tak jadi masalah untuk dihormati dengan sepenuh jiwa. Sebaliknya, perbuatan 'hormat' ini akan menjadi penyakit berbahaya sekiranya ia diaplikasikan pada tempat dan hal yang tidak sesuai untuk dihormati.

Contoh lagi, untuk bagi faham sikit. Kalau ada seorang budak yang datang ludah atas muka kamu dengan tiba-tiba tanpa sebab yang relevan. Adakah masih perlu lagi hormat beliau? (Ikut adab Islam mesti kena sabar) Tapi, dari satu sudut ia melibatkan maruah dan air muka seseorang dan ia perlu dijaga dan dibela. Ok,itu contoh mudah. Jadi, melalui situasi tadi mestilah perbuatan 'hormat' itu akan berubah posisi dan fungsinya dengan serta merta.

Sebenarnya itu hal yang remeh-temeh sahaja. Apa yang ingin dikupas ialah adakah perlu seseorang yang perasan menganut Islam menghormati seseorang (kawan baik,adik,bapaknya dll) sekiranya manusia tersebut menghina dan mempelekehkan agama. Amat tidak wajar sekali. Di sini peranan perbuatan 'hormat' itu akan seratus peratus berganjak dan perlu diletakkan ditempat yang sesuai. Maka, perbuatan hormat itu sebenarnya ada batas dan had yang perlu dijaga apatah lagi sekiranya seseorang dengan bongkaknya telah mempermainkan hal-hal agama.

Jika inidividu yang berkenaan hanya berdiam diri dan tersenyum sendiri setelah agamanya dipermainkan maka itu bukanlah sifat akhlak tawadhuk atau beriman bahkan itulah seburuk-buruk sikap. Buruk sebab merelakan agamanya itu dipersendakan sesuka hati oleh manusia terbabit contohnya oleh kawan baik, kawan karib, bapak sendiri, anak atau siapalah jua.

Jelaslah bahawa perbuatan 'hormat' sebenarnya perlu dimainkan pada masa dan tempat yang sesuai sahaja. Bukanlah dikatakan seseorang itu bijak, berakhlak dan bermoral sekiranya beliau mengatakan sebegini:

Bodoh Satu: I hormat you as a friend, you nak kutuk agama I tak apa. itu hak You kan.

Bodoh Lain: Yelah, aku diam saja. Jangan bimbang, aku jenis hormat pendapat orang. kalau kau cakap aku ni gila pun aku 'stay' hormat kau....

Bodoh Kedua: Saya diajar untuk hormat pendapat orang. Walaupun orang cakap saya menganut agama palsu. Saya tetap hormat dia...

Bodoh Lagi: Itu pendapat kau kan? Yelah aku setuju. Memang aku bangang walaupun aku sedang menghormati pendapat kau..

Tuesday, November 3, 2009

Fahaman Pelik Puak Barat Tak Basuh Berak

Individualisme
Individualisme adalah sikap moral yang kadang-kala berbicara sekitar falsafah politik, ideologi, atau pandangan sosial yang menekankan kemerdekaan dan kemandirian. Puak-puak yang ada pemikiran sesat ini ingin bebas dan bencikan kepada sebarang keterikatan atau ‘rule’ yang tidak sesuai dengan otak mereka. Contohnya, walau ‘rule’ itu datangnya dari hukum agama sekalipun ia akan ditentang dan dipersoalkan semahu-mahu mengikut hawa nafsu jahat mereka.

Individualis mempromosikan pelaksanaan satu tujuan dan keinginan. Dan puak-puak ini gemar menentang campur tangan orang luar terhadap pilihan mereka baik oleh masyarakat, kumpulan atau individu lain. Individualisme kolektivisme taksub menentang sesuatu yang menekankan bahawa komunal, komuniti, kumpulan, masyarakat, keluarga atau tujuan nasional sebaliknya harus memperoleh prioriti di atas tujuan individu.

Atau dengan bahasa yang mudahnya mereka yakni puak-puak jahil ini ingin meraikan ‘self-freedom’ mereka sebagai manusia menurut kemandirian mereka. Yakni mereka mahu menselebretkan kewujudan mereka sebagai manusia berserta kebebasan yang sebebas-bebasnya. Kiranya, sekali tengok puak-puak ini seakan-akan ingin membebaskan diri daripada sebarang ‘rule’ demi menunjukkan seolah-olah mereka terjadi dengan sendirinya dan perlukan cara sendiri untuk berak,makan,kencing dan bersetubuh.

Dalam bahasa Inggeris, kata "individualisme" pertama kali diperkenalkan oleh mamat kafir yang digelar Owenites pada tahun 1830-an.Sebenarnya perkataan ‘individualisme’ in seringkali digunakan dalam tulisan-tulisan James Elisjama Smith, yang merupakan seorang Kristian millenarian dan Israel. Walaupun Owenite awalnya sosialis,dia menolak fahaman itu dan memeluk fahaman individualisme yang dianggap sebagai suatu "universalisme" yang memungkinkan untuk pengembangan "jenius asli."(Mengarut sungguh) Tanpa individualisme, Smith berpendapat, individu tidak boleh mengumpul harta untuk meningkatkan kebahagiaan.

Mengarut betol mamat kafir ini, dan sebenarnya atau memang pun golongan ini terumbang-ambing mencari pegangan yang sesuai dengan kepala otak mereka. Malangnya mereka tetap gagal dan rebah kerana tiada petunjuk dan cahaya hidayat yang boleh memimpin mereka. Kesian pun tak guna. Last-last mati masuk neraka jugak dan bawa sekali buku-buku kajian tentang falsafah ‘individualisme-taik kucing” mereka sekali masuk dalam api.

Masalahnya ada jugak mamat yang keluar daripada kemaluan emaknya yang Muslim dan mengaku menganut Islam tetapi tertelan jugak dengan fahaman puak-puak Barat yang tak basuh berak ini. Kelakar betol. Tak cukup dengan ‘tertelan’ sahaja bahkan mamat yang perasan Islam itu turut melompat-lompat melaungkan idea ‘individualisme taik kucing’nya itu tanpa disedari.

Humanisme

Selain itu, ada satu lagi ‘produk’ pelik yang disembah olek puak Barat yang tak basuh berak ini (dan peliknya ada jugak mamat Muslim yang diajar cara basuh berak tapi puja-sembah akan fahaman ini) yang telah sekian lama disebar-luaskan. Humanisme adalah perspektif umum untuk pelbagai sikap yang beretika menganggap pentingnya martabat manusia, keprihatinan, dan kemampuan, terutama rasionalitas. (Padahal Islam pun mengajar tentang kemanusiaan ini).

Sejak abad kesembilan belas, Humanisme telah dikaitkan dengan anti-klerikalisme (ertinya: Anti-klerikalisme adalah sebuah gerakan bersejarah yang menentang agama (umumnya Katolik) kuasa dan pengaruh institusi dalam semua aspek kehidupan awam dan politik, dan penglibatan agama dalam kehidupan sehari-hari warga negara). Dua puluh abad pertama Humanisme cenderung sangat menyokong hak asasi manusia, termasuk hak-hak reproduksi, kesetaraan gender, keadilan sosial, dan pemisahan gereja dan negara. Manakala istilah menyeluruh pulak merangkumi hal-hal agama non-teistik, humanisme sekular, dan sikap hidup humanistik.

Puak yang meyokong gejala ini begitu taksub dengan isu kemanusiaan sehingga sanggup mengasingkan semua aspek seperti bangsa,gender hatta agama sekalipun demi meraikan kemanusiaan dan kesama rataan sesama manusia atas muka bumi ini dan sekaligus melupakan siapakah Pencipta semua manusia ini. Mereka fikir merekalah yang paling baik kerana telah bertungkus lumus memprihatinkan kepala otak dan jiwa mereka terhadap isu kemanusiaan, walhal mereka amatlah jahil sebab lupakan terus Tuhan yang cipta semua manusia.

Beginilah kerja puak Barat yang tak reti basuh berak tak habis-habis dengan aktiviti yang sia-sia kononnya ingin menunjukkan bahawa merekalah yang paling baik. Kesian pun tak guna sebab last-last kalau mati tak kenal Tuhan masuk api jugak.

Memang fahaman jelek ini telah banyak merasuk para penganut Islam (kononnya-pada nama sahaja) yang perasan hebat gunakan akal untuk menentang apa jua ‘rule’ yang tidak relevan (menurut otak lembap mereka) sekalipun hukum-hakam agama. Jika inilah yang berlaku ia samalah dengan ajaran puak liberal islam (JIL:Jaringan Islam Liberal) di Indonesia. Betapa mereka yakni puak pemikir Barat yang tak reti basuh berak ini jahil dan sesat begitu jugak lah dengan golongan para orang Islam yang kebingungan yang gagal untuk berfikir dengan baik.

Dan yang paling teruknya ialah puak ini berani mengetepikan kebenaran agama sendiri demi menjaga ‘kemanusiaan’ itu supaya tidak wujud sebarang sikap prejudis terhadap agama orang-bangsa lain. Lihatlah betapa lemahnya golongan jahil ini menilai dan memegang agama mereka (orang Islam yang jahil-tukil). Barangkali jika puak-puak ini diajukan soalan cepu mas yang begini pasti akan kelu dan kaku untuk menjawab,contoh:

;Kenapa kau agama Islam?
:Entah!
:Apa maksud Islam?
:Emm…
:Macam mana kau percaya kebenaran agama kau?
:Nanti aku tanya nenek aku…
:Tuhan kau berada di mana…?
:Aku tak pastilah…..(jahil sangat)


Sekularisme

Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus ada secara berasingan daripada agama dan / atau keyakinan keagamaan. Itu hal yang lebih jelas dan memang senang dikesan. Masalahnya ialah ada jugak individu yang jahil terjerumus ke dalam lembah sekularisme yang hina ini tanpa disedari. Hal ini mungkin akan jelas dengan contoh mudah ini:

Jahil 1: Apa agama-agama?? Ini hal kemanusiaanlah mangkuk….agama kat surau lah…!
Jahil 2: Yelah..kau ingat semua hal kena rujuk agama ke….?
Cerdik 1: Bangang betol korang ni….pakai otak terlebih sangat…kan dah gila tu…
Jahil 1: Cukup-cukup…! Aku tak nak dengar pasal agama…biar aku ‘setel’ benda ni…
Jahil 2: Ok…bos..


Sebabnya ialah ramai yang melihat kesekularisme itu lazimnya hanya pada dasar politik semata-mata dan tidak sedar fahaman ‘jelek’ ini sebenarnya ada jugak terkena pada otak-otak individu biasa. Pada satu sisi, sekularisme mungkin menegaskan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan daripada kerajaan pemaksaan agama kepada rakyat, dalam sebuah negara yang berkecuali dalam masalah-masalah kepercayaan, dan negara tidak memberikan hak istimewa atau subsidi kepada agama. (Lihat juga Pemisahan gereja dan negara.)

Atau dengan lebih tepat lagi puak-puak celaka yang menganut fahaman ini biasanya akan menolak sebarang jenis ilmu, dasar, ‘rule’, sebab-musabab yang gagal dibuktikan secara konkrit dan empirikal. Contoh mudah agamalah, agama mestilah lazimnya (Islam) berkisar tentang kepercayaan kuasa Tuhan yang sukar dilihat, dirasa dan dihidu. Apatah lagi untuk dibuktikan di makmal-makmal sains dan sebagainya. Jadi, puak celaka lahanat ini akan menolak sebarang bentuk keyakinan yang bersifat metafizik ini (ghaib).

Bagi mereka akal-lah yang berkuasa dan individu itu bebas dalam menentukan hala tuju hidup mereka sendiri berdasarkan nafsu dan akal mereka sekehendak mahunya. Tuhan menurut sekularisme telah diposisikan ke satu sudut asing dan Tuhan tidak berhak campur tangan dalam urusan hidup manusia. Pemikiran songsang wal jahanam ini benar-benar mencabar kuasa Sang Pencipta alam semesta ini. Beginilah teruknya kecelakaan perangai puak sekularisme yang begitu bertuhankan nafsu dan akal.

Dalam pengertian lain, merujuk pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, terutama yang politik(bukan politik sahaja-semua aspek telah dipisahkan dengan agama), harus berdasarkan bukti dan fakta tidak bias oleh pengaruh agama.
Dalam bentuk yang paling menonjol, sekularisme adalah kritis terhadap ortodoksi keagamaan dan menegaskan bahawa agama menghalang kemajuan manusia kerana tumpuan pada tahyul dan dogma bukan pada nalar dan kaedah saintifik. Malang benar nasib golongan lahabau ini kerana telah terang-terang menafikan kuasa dan kecerdikan Tuhan sebagai pencipta otak dan akal mereka.

Sekularisme yang jelek lagi terlaknat ini sebenarnya diasas-sebatikan oleh puak kafiruun yang terdiri daripada ahli falsafah Greek dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymaths muslim zaman pertengahan seperti Ibn Rusyd, para pemikir Pencerahan seperti Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas Jefferson, dan Thomas Paine, dan moden freethinkers, agnostik dan ateis seperti Bertrand Russell dan Robert Ingersoll.

Thursday, October 29, 2009

1Malaysia-Slogan Hancing?


"Bro, boleh ke you terangkan kat I apa dia definasi 1Malaysia itu? Sorry to ask you, sebab I tak faham. Aku segan nak tanya ramai orang. Sebab you dah muncul dalam TV bercakap tentang isu ini, I nak tanya youlah!"

Dia lantas menjawab,"Sebenarnya bro, aku pun tak faham. Dah dia orang suruh, aku cakaplah apa yang patut. Aku pusing ke sana, aku pusing ke sini dan cakap ajelah. Oh! Kau tengoklah aku bercakap dalam TV semalam?"

Saya jawab, "Tengok!".

Dia pun kata, "Haa, apa yang aku cakap itu, itulah 1Malaysia. Aku pun dah lupa apa yang aku cakap...dan itu pun 1Malaysia,"katanya sambil berdekah ketawa.

Selepas itu saya bertanya-tanya kepada begitu ramai orang termasuk pemimpin dalam kerajaan yang berkawan dengan saya tentang definasi 1Malaysia ini.

Tiada siapa pun boleh menjawab pertanyaan saya itu, malahan ramai pula akhirnya yang bertanya kepada saya apa itu 1Malaysia.

Mereka juga bertanya antara satu dengan lain soalan yang sama; masing-masing keliru.

Baru saya sedar bahawa bukan saya seorang yang tidak faham tentang slogan ini.

Rupa-rupanya Satu Malaysia yang tidak faham tentang 1Malaysia ini. Mungkin itukah definasinya?_ (Petikan surat pembaca Harakah Daily)




Jenuh si Piem mencipta bagai slogan hancing. Yang dulu si Hidung Cangkung galak dengan slogan nakalnya Wawasan 2020 beliau. Kelakar, sebabnya bila dah masuk tahun 2020 mungkin si Hidung Cangkung sudah reput pun jadi fosil. Lepas si Hidung Cangkung, naik pulak seorang lagi Piem baru. Agak 'slow' dan santun gayanya. Tidak susah untuk tengok rupa si Piem baru yang 'slow' tu tidor waktu 'meeting'. Maka dapatlah gelaran tak rasmi untuk beliau iaitu si Piem kaki tidor, si Piem siput babi dan bagai lagi.

Yang Piem 'slow' ini pun tak lepas dengan slogan beliau sendiri. Juga gian ingin melepaskan nafsu syahwatnya dengan cara mencipta slogan peribadinya. Malang sungguh kerana slogan yang beliau cipta benar-benar 'bangkai'. Lahirlah slogan yang berbaur agama kononnya ingin naikkan imej Islam. Katanya ingin bela nama Islam. Dengar khabar mahu buktikan yang Melaysial sebagai negara Islam. Hampeh, "Islam Hadhari-Ciptaan Badawi".Akhirnya slogan hancing yang sedemikian juga dibuang ke laut. Rakyat hanya dipergunakan atau dibonekakan dengan slogan-slogan hancing sebegitu untuk tempoh yang singkat. Sesingkat masa untuk membuang air kecil.

Tak sampai sepuluh tahun slogan-slogan hancing itu telahpun dilupakan oleh rakyat. Entah apalah yang si Piem-Piem ini mahu dan impikan. Kalau setakat jadi Piem untuk cipta slogan lebih baik tak payah jadi Piem. Jadilah posmen lagi bagus. Lepas pupusnya legasi si Piem siput babi kuat tidor waktu meeting, naiklah pulak seorang lagi anak Naga Pekan sebagai Piem baru. Dengan kepala jendol lagak bagai penjahat filem Hindustan melompat-lompatlah beliau dengan slogan yang tak kurang hancingnya yakni 1Malaysia.Memalukan sungguh.

Sekali lagi rakyat-rakyat diperbodohkan bagai kerbau dicucuk hidung dengan benang cap Kerbau. Rakyat pun dipaksalah anggukkan kepala tanda setuju dengan slogan baru buatan
anak Naga Pekan itu. Bersorak-sorailah rakyat jelata dengan pesta-pesta keramaian tanda gembira menerima slogan 1Malaysia yang indah itu. Menari dan berjogetlah mak cik-mak cik, pakcik-pakcik di kampung sebagai tanda hormat kepada slogan "bangkai" itu. Kilang-kilang dan para desingner sticker, banner pun berlumbalah buat duit dengan producedkan sticker dan banner 1Malaysia. Banyaklah duit yang dapat hasil janaan produk 1Malaysia itu.

Sudah puas dijaja dengan slogan barunya itu, si anak Naga Pekan sudah kepenatan melayan nafsu serakahnya itu. Dan rakyat jelata yang sibuk berdendang juga kepenatan. Papan iklan yang terpapar wajah si Piem anak Naga Pekan yang sedang senyum giat dipacak di seluruh kampung. Tak cukup dengan kampung habis seluruh bandar dipacak juga papan tanda 1Malaysia itu. Seluruh simpang dan penjuru terpacak batang tiang yang menahan wajah anak Naga Pekan yang tengah senyum. Rakyat juga tersenyum melihat slogan baru itu.

Nanti selepas si Piem anak Naga Pekan itu berambus dari tampuk entah slogan apa pula yang akan dicipta oleh si Pak Din Sin. Mungkin 1Jamban, atau 1Jiwa dan mungkin juga 1Bendera. Biarkanlah mereka si Piem-Piem kaki auta sibuk dengan agenda budak sekolah mereka. Biarkan sahaja masalah rakyat diabaikan sepuas-puasnya. Si Piem-Piem yang makan kenyang,tidur lena,poket penuh ini memang sekadar tahu mengenyangkan perut sahaja. Tiada peranan tiada agenda untuk berfikir sebagai seorang Piem.

Lepas si Piem anak Naga Pekan bertemu kubur pasti orang akan lupakan slogan hancing beliau itu. Slogan itu pasilah akan turut disumbat ke dalam kubur bersama beliau. Kerana slogan baru akan dicipta oleh si Piem yang baru. Itu sudah pasti dan rakyat pun sekali lagi diperbodohkan dengan tarian dan nyanyian meraikan slogan baru itu. Mabuk dan peninglah rakyat jelata dengan hilai tawa pesta-pesta keraian si Piem baru itu nanti.

Sedang rakyat pedalaman di Sabah dan Sarawak sedang kegelapan tiada elektrik tiada kad pengenalan maka riuh rendahlah tapak-tapak pesta di mana-mana menselebretkan slogan baru itu nanti. Sedang kadar buang bayi makin parah diberitakan makin galaklah si Piem dan rakyatnya berjoget dendang sayang menyambut ketibaan slogan baru. Rakyat pun terus menjadi dungu dan bebal. Si konco-konco Piem kenyang perutlah meratah hasil negara. Si bini-bini menteri berat tengkuklah menggalas emas 56 karat di batang leher masing-masing. Sang anak-anak menteri berseronok sakanlah berjoget di pub-pub hasil memakan duit titik peluh rakyat jelata.

A/A/s: Slogan Hancing tak punya erti. Rakyat juga tetap dibodohkan. Rakyat bagai orang terkena pukau. Orang-orang Piem akan kenyang perut makan duit rakyat dari hasil bumi Tuhan. Malaysia oh..Melaysial...

Sunday, October 25, 2009

Pasal Menulis Karya

1.0 Pengenalan

Kedudukan Sastera Melayu dewasa ini telah diwarnai dengan pelbagai isu dan konflik yang tidak berkesudahan. Antara isu dan gejala yang menyumbang kepada sindrom ketidakstabilan dunia Sastera Melayu ialah isu mengenai kedudukan Sastera Islam. Kedudukan dan kesahihan sesebuah Sastera Islam yang menggunakan Islam sebagai dasar
perangkaan dalam berkarya masih menjadi persoalan yang tidak terjawab. Selain daripada itu, bukan sahaja kedudukan karya yang menggunakan Islam sebagai label yang menjadi persoalan, bahkan karya-karya Sastera yang umum juga turut dipersoalkan ketulenannya sebagai sebuah wadah atau wacana ilmu yang bermanfaat.


Perbicaraan tentang isu yang agak kompleks ini telah dirungkai dan dipelopori oleh seorang penulis dan pengkritik lantang iaitu Mohd Affendi Hassan yang telah memperkenalkan satu teori yang dinamakan Teori Persuratan Baru yang telah menjadikan suasana dan kemelut Sastera Melayu semakin rancak dan menarik. Melalui teori tersebut beliau telah mewujudkan pelbagai persoalan dan pengenalan kepada konsep dan kedudukan sesebuah karya sastera yang benar menurut hakikat insan dan melihat Allah s.w.t sebagai segala pusat rujukan dalam mengolah sesebuah karya sastera.


Seterusnya, sebarang penulisan dan penciptaan karya sastera menurut teori tersebut mestilah tidak terpisah dengan ikatan Tauhid kepada Allah s.w.t. Maka, jika penulisan dan penciptaan karya yang dimulakan menurut segala tertib Tauhid kepada Allah s.w.t sudah pasti karya yang terlahir akan penuh dengan ilmu, keindahan serta kebenaran. Justeru, persoalan inilah yang akan cuba dirungkai oleh penulisan esei kecil ini. Esei ini akan cuba menunjukkan definisi dan kedudukan karya-karya sastera yang benar-benar menurut landasan Tauhid kerana hanya karya yang sebegini sahaja yang layak dikategorikan sebagai sebuah karya sastera yang bermanfaat.


2.0 Makna Seni / Sastera Menurut Pandangan Islam.

1)Makna Seni
Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci, berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial. (Abdul Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail:2001) Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia. Lantas nilai-nilai keindahan itu mestilah berupaya memberi manfaat dan berperanan terhadap manusia yang menghayati dan menikmati keindahan itu.

Allah s.w.t adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah s.w.t. Hal ini kerana segala kawalan, pergerakan dan ilham adalah muncul hanya dengan keizinan kudrat Allah s.w.t. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :

a) Seni ciptaan Allah s.w.t
b) Seni ciptaan manusia

Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah s.w.t , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah s.w.t.(Ibid).

2)Makna Sastera
Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud ‘Bahasa Yang Indah’. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah s.w.t itu sendiri. Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup. Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya.

3.0 Dasar-Dasar Persuratan Islam
Menurut Persuratan Islam (Persuratan Baru), sesebuah karya yang ingin dicipta itu mestilah menggunakan Tauhid sebagai pusat rujukan dan pencarian sumber ilham bagi memulakan proses berkarya. Hal ini kerana Tauhid mestilah dilihat dan diakui sebagai asas yang penting dalam mengolah karya agar kelahiran sesebuah karya itu tidak hanya dapat memuaskan nafsu dan akal yang cetek semata-mata.

Jadi, bagi menjadikan karya yang bakal lahir itu adalah benar, elok, baik dan bermanfaat, pengarang atau sasterawan mestilah mengenali terlebih dahulu maksud ilmu yang sebenar. Pada tahap filosofikal, Persuratan Baru tertegak pada tiga falsafah utama yang saling bergabung dan bertautan (coalesce), iaitu “Hakikat Insan”, “Hakikat Ilmu dan Amal”, serta “Hakikat dan Fungsi Sastera”(Mohd Affendi Hassan:1992)

Oleh itu, melalui falsafah “Hakikat Insan”, para sasterawan dan pengarang perlu menyedari dan memahami kewujudan insan di atas muka bumi adalah berpunca daripada kekuasaan and kehendak Allah s.w.t. Lantas, jika konsep yang benar ini telah difahami oleh pengarang bahawa kewujudan manusia (pengarang) di dunia adalah berserta dengan peranan sebagai khalifah dan hamba Allah s.w.t maka, proses penulisan karya-karya juga pasti tidak akan terpisah dengan “Hakikat Insan” tadi.

Seterusnya ialah “Hakikat Ilmu dan Amal” yang dijelaskan oleh Persuratan Islam memberi gambaran bahawa karya yang dicipta adalah berupa amal dan melalui amal itulah ilmu yang benar perlu disebarkan, sebagaimana Al-Quran berperanan sebagai pembawa ilmu serta panduan beramal kepada manusia.
Selain itu, “Hakikat dan Fungsi Sastera” perlulah difahami oleh para pengarang atau sasterawan agar karya sastera yang dihasilkan benar-benar berfungsi sebagaimana fungsi sebenar manusia dicipta yakni untuk menyeru kepada makruf dan mencegah kepada perkara mungkar.

Melalui konsep inilah sesebuah karya itu akan berhasil dinilai sebagai sebenar-benar karya yang berilmu dan penuh manfaat jika ditelaah dan dihayati.
Menurut Mohd Affendi Hassan sebarang ilmu yang benar itu mestilah datangnya dari Al-Quran sebagai Kanon dan Allah s.w.t juga sebagai asas pegangan dalam berkarya supaya karya yang dicipta tidak sia-sia sifatnya. Namun begitu, sudah pasti penjelasan tentang ilmu menurut Affendi ini sukar diterima oleh sesetengah individu kerana telah melihat kebebasan dalam berkarya itu telah disempitkan serta diletak batasan yang menyukarkan proses pengkaryaan.

Masalah ini berpunca kerana falsafah dan pengertian “sastera” ini kemudiannya terputus, akibat penjajahan Barat di Alam Melayu yang berhasil dalam mengubah (lebih tepat “menyempitkan”) falsafah dan pengertian “sastera” Melayu pada masa kini, dengan menjadikannya sebagai satu kegiatan penulisan karya-karya fiksyen yang berasaskan imaginasi semata-mata (Mohd. Zariat Abdul Rani:2008). Masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pengaruh para pemikir Barat yang mengisytiharkan pelbagai teori yang tidak berasas dan seringkali menemui kebuntuan dengan rumusan yang kacau bilau sifatnya.

Sudah pasti suasana berbeza akan wujud sekiranya Tauhid atau Islam dijadikan asas dalam melahirkan sesebuah karya. Hal ini jelas kerana matlamat Islam itu sendiri membawa kepada keamanan, ketenangan dan kemakmuran. Tambahan lagi, setiap pengarang yang mencipta sebarang karya perlu memahami dan menyedari hakikat diri (hakikati insan) yakni sebagai seorang hamba ciptaan Allah s.w.t yang memegang peranan sebagai Khalifah dan Abdillah.

Hanya dengan kaedah dan pemahaman sebegini akan menjadikan proses penciptaan karya itu sebagai ibadah di sisi Allah s.w.t
Jikalau kedua-dua peranan besar ini tidak diketepikan semasa menjalankan gerak kerja menulis sesebuah karya maka kemungkinan untuk lahirnya sebuah karya yang tidak bermanfaat dan jauh dari ikatan Tauhid serta Kanon amat besar. Sesungguhnya, prinsip Taklif inilah yang menurut Persuratan Baru mengikat kegiatan sastera dengan tuntutan “janji azali”, dan dengan itu menjadikan kegiatan sastera di sisi Islam sebagai salah satu bentuk pengabdian (ibadah) manusia kepada Pencipta mereka.( Wan Mohd. Nor Wan Daud:1997)

Hal ini jelas kerana Islam telah meletakkan piawaian dan kayu ukur yang sistematik dan efektif terhadap karya sastera bahawa sesebuah karya itu perlulah memiliki keindahan berserta kebenaran bagi melayakkan karya itu dilabelkan sebagai ilmu yang benar. Sekiranya sesebuah karya itu hanya menekankan aspek keindahan semata-mata yang begiti bebas dan terkeluar daripada lingkaran Tauhid dan tidak menyatakan ilmu yang benar maka karya tersebut amatlah tidak berguna.

Perkara ini begitu wajar kerana jika penulis atau pengarang hanya menekankan keindahan semata-mata tanpa menghiraukan kebenaran ilmu itu maka sudah pasti sifat sesebuah karya itu akan kosong daripada makna, tujuan dan peranannya untuk masyarakat atau manusia.
Seterusnya, dengan menjadikan tuntutan Tauhid dan Kanon (Al-Quran) sebagai pusat rujukan dan panduan dalam berkarya maka karya yang dicipta sudah pasti akan padat dengan kebenaran dan tidak hanya sebagai sebuah cerita angan-angan yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada minda, emosi serta rohani pembaca.

Keadaan ini begitu selari dengan kehendak dan objektif Persuratan Islam (Persuratan Baru) yang menuntut sesebuah karya yang tidak hanya muncul sebagai hasil daripada perahan khayalan yang tidak mempunyai kebenaran hakiki. Demikian gagasan dan pemikiran yang dianjurkan oleh Persuratan Islam dalam menentukan kedudukan sesebuah karya yang ingin menyampaikan cerita.

Saya tidak berminat untuk hanya bercerita, kerana dalam kajian saya, Al-Quran tidak pernah bercerita sekadar bercerita. Cerita digunakan untuk menyatakan sesuatu gagasan atau pemikiran, untuk memberi peringatan atau amaran (Mohd Affendi Hassan:1994)

Melalui petikan tersebut begitu jelas bahawa penekanan kepada konsep ilmu yang benar begitu jelas digagaskan oleh Persuratan Islam (Persuratan Baru). Menurut Persuratan Baru, “ilmu yang benar” merujuk kepada “ilmu” yang dapat menjadikan manusia tahu dan kenal akan Pencipta mereka, dan dengan pengetahuan dan perkenalan tersebut mendorong manusia untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di sisi Islam (amar maaruf nahi mungkar). ( Wan Mohd. Nor Wan Daud,:1997).

4.0 Penutup
Maka, jika sesebuah karya yang dicipta oleh pengarang berpandukan atau merujuk kepada konsep utama Persuratan Islam (Persuratan Baru) iaitu “Hakikat Insan”, “Hakikat Ilmu dan Amal”, serta “Hakikat dan Fungsi Sastera sudah pasti karya yang dilahirkan akan sarat dengan kebenaran dan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Kesannya mungkin masyarakat tidak lagi disogok dan dipermainkan oleh karya-karya yang ‘kosong’ daripada ilmu yang benar dan sekadar memuaskan nafsu semata-mata.

Adalah membimbangkan sekiranya minda dan cara berfikir masyarakat hanya berlingkar dan terbatas terhadap karya-karya yang ‘kosong’ tanpa hakikat ilmu yang benar.
Secara tidak langsung karya yang sarat dengan ‘ilmu yang benar’ akan menjadikan peranan pengarang sebagai khalifah dan hamba Allah s.w.t akan terlaksana. Selain itu, para pembaca tidak lagi dimabukkan serta dihanyutkan oleh cerita-cerita yang hanya sekadar cerita imaginasi yang tidak berisi.

Perkara ini begitu penting untuk dijayakan dengan menjadikan metodologi Persuratan Islam (Persuratan Baru) sebagai medium dalam mencipta karya sastera yang benar-benar berfungsi dan memiliki utilti. Akhirnya, barulah kebenaran dan kebaikan daripada ilmu itu akan dapat dikecapi melalui karya-karya sastera yang menjadikan dasar-dasar Persuratan Islam sebagai asas dalam mencipta karya.

A/A/S:Menulis dan benda yang ditulis pasti akan disoal-siasat nanti oleh Tuhan Azzawajala.Janganlah kiranya masa menulis, agama @ akidah diletak tepi. Setiap masa pun kena betulkan akidah jadi menulis perlu kepada mengikut dan menurut lunas dan tertib akidah. Selesai masalah.

Saturday, October 24, 2009

Apa Itu Dunia?

Cukuplah tu, dunia ini penipu. Jangan jadi bodoh. Nanti menyesal ditipu dunia tak berguna juga. Dunia ini bangkai. Semuanya tipu daya. Nanti terperdaya dengan dunia dan menyesal tiada faedah. Dunia ini Allah s.w.t yang buat. Allah s.w.t yang cipta, Dia yang jaga dan atur segala aktiviti dan 'events' di atasnya. Lepas Dia s.w.t buat,susun, hias dan atur dunia ini, Dia s.w.t bagitahu pulak yang dunia ini 'PENIPU'. Allah s.w.t bagitahu lagi melalui Nabinya s.a.w (yang aku dengar dari ustaz kata) bahwa dunia ini 'BANGKAI'.

Siapa yang waras atas dunia ini yang akan berkawan rapat atau menyayangi seorang 'PENIPU'? Kamu rasa ada tak manusia yang akalnya sihat akan berkahwin dengan seorang lelaki atau wanita yang tertulis perkataan 'PENIPU' atas dahinya? Contoh lain, kamu semua fikir ada tak manusia yang normal otaknya yang akan duduk berdamping dengan 'PENIPU' yang suatu masa akan menipu beliau sehingga tertipu atau 'PENIPU' tadi akan menghasut beliau supaya menjadi'PENIPU' seperti 'PENIPU' yang lain. Mestilah manusia yang waras akan bertindak sebaliknya. Kecuali memanglah wayar medula oblongata individu itu sudah rosak. Itu hal lain.

Pelik. Pelik sebab ramai sudah yang buta mata, pekak telinga, mati hati bila dihidangkan dengan dunia dan benda-benda dunia yang busuk berbangkai yang amat sangat. Tuan punya dunia sudah pesan siap-siap bahwa dunia ini 'BANGKAI'(yang aku dengar dari ustaz kata).Apa lah sangat nilai seketul 'BANGKAI' jika nak dibandingkan dengan AKHIRAT. Tapi, itulah masalah sekarang, ramai yang tertelan 'BANGKAI' yang busuk itu lantas lupa terus daging panggang, burung salai di AKHIRAT. Macam mana manusia yang ada PHd, pangkat-darjat, harta hebat, ilmu itu, ilmu ini boleh termakan dengan bau busuk 'BANGKAI'?. Inilah persoalannya.

Tiada pula dibina KEDAI MAKAN BANGKAI BERUK, RESTORAN BANGKAI ITIK MASAK SEPARUH, BANGKAI KUCING SIAP ORDER CAFE, D'BANGKAI GAGAK CORNER,BANGKAI KAMBING TOMYAM SIAM. Memang manusia yang perasan ada akal reti membezakan 'BANGKAI' yang berobjek,berjisim,nampak dengan 'BANGKAI' yang Nabi s.a.w yang bagitahu. Dunia ibarat 'BANGKAI'. Itu hal yang jelas. Jelaslah bahwa dunia itu memang 'BANGKAI' dan pasti akan hancur suatu detik kelak.

Yang sedang menggonggong 'isi-isi bangkai' pasti akan tersembam pecah muka nanti bila dunia ini bergoyang-gegak menanti kehancuran mutlak. Yang sedang menghirup 'sisa-sisa lendiran nanah bangkai' pasti akan terjelupak patah tengkuk bila dunia ini digoncang-goncang oleh tiupan Malaikat Israfil. Yang sedang bersandar di kerusi dek kekenyangan memamah 'cebis-cebis urat bangkai' pasti akan hancur kepalanya berselirat akibat ditindih oleh dunia yang sedang runtuh dan roboh.

Maka, apalah nilai dunia si 'BANGKAI' tak berguna ini jika dibandingkan dengan tujuan sebenar kita (manusia) yang dihantar untuk pulang dengan bekalan masing-masing ke kampung AKHIRAT. Mestilah dunia si 'PENIPU' ini haram tidak berguna untuk dipuja-sembah sehingga hancur muka, pecah kepala, patah tengkuk dibelasah oleh Malaikat Zabaniah. Memang tak patut,tak patut.Masalahnya ramai yang sudah lemas tenggelam berbuih mulut akibat ditelan ombak dunia yang penuh dengan 'BANGKAI' dan najis 'PENIPU'.

Jika digunakan perumpamaan yang sikit sopan, dunia ini bolehlah disebut sebagai 'JAMBATAN'. Dunia hanyalah 'JAMBATAN' untuk manusia pergi ke alam kehidupan yang ada di seberang 'JAMBATAN'. Fahamlah bahwa ada alam yang sedang menunggu kita di seberang sana. Allah s.w.t sedang menanti kepulangan kita ke kampung halaman di sana. 'JAMBATAN' tidak sesuai untuk dibuat tempat tinggal. Itu kerja orang gila. Kita hanya guna 'JAMBATAN' ini untuk pergi ke seberang sahaja. Jangan tidur atas 'JAMBATAN'.Jangan duduk lama-lama atas 'JAMBATAN'. Tak perlu dihias cantik-cantik 'JAMBATAN' itu sebab kamu akan tinggalkan juga ia akhirnya.

Kalaulah ada manusia sewel yang tidur, buat rumah, duduk bersila atas Jambatan Pulau Pinang mesti orang akan tangkap dan sumbat di rumah sakit jiwa. Ya, sebab 'JAMBATAN' bukan tempat untuk tinggal,bukan tempat untuk tidur. Jambatan hanya untuk digunakan sebagai laluan saja. Cukup setakat tu. Tak usah berpura-pura hilang akal untuk warnakan, hiaskan, bina besar-besar 'JAMBATAN' itu sebab nanti takut kamu akan mampus kelemasan sebab 'JAMBATAN' hanya siap separuh. Sia-sia saja hidup sebab sehabis umur kamu guna untuk hias 'JAMBATAN' sampai lupa nak hias AKHIRAT yang kekal.

Anggaplah dunia yang 'berbangkai' ini sebagai sebenar-benar 'BANGKAI'. Akui dan terima dengan penuh yakin dan keinsafan bahwa dunia ini 'PENIPU-BANGKAI-JAMBATAN'.InsyAlLah akan selesai masalah kerana kamu pasti yakin dan bertindak dengan bijak untuk tidak memakan 'BANGKAI', berkawan dengan 'PENIPU' atau berpura-pura sewel untuk tinggal, tidur, duduk bersila atas 'JAMBATAN. Jika hal ini yang berlaku nescaya InsyAlLah semua manusia akan faham dan nampak wawasan hidupnya.

Memang susah sebab AKHIRAT itu ghaib,tak nampak di pandang, tak sampai dipegang, tak berbau dihidu,dan itulah fungsi IMAN. Dengan IMAN barulah semua masalah bisa disetel,InsyAlLah.Ok, susah sangat kamu nak buang dunia dari tangan ye? Kamu rasa dunia ini seakan-akan melekat di hati sanubari kamu ye? Senang saja, kamu anggaplah dunia ini sama macam sisa-sisa taik yang melekat di jari tengah kamu semasa kamu sedang membasuh berak. Mesti ada sisa-sisa taik yang melekat di jari utama itu, pasti ada dan sisa yang melekat itulah kamu kena anggap ia sebagai dunia. Maka, jika begitulah fikiran kamu kepada dunia (sisa-sisa taik) nescaya pasti kamu akan buang dunia dari hati kamu seperti kamu buang sisa-sisa taik dari jari tangan kamu.

Mudah sahaja, kamu sentuh taik itu kerana ia satu keperluan dan ia memang juga satu arahan dari Tuhan azzawajala. Jadi, bila perlu sentuh, kamu sentuh sahaja setakat yang perlu dan lepas itu kamu cucilah dengan sabun akan jari-jari itu. (Yang ini tak perlu aku ajar pun sebenarnya, semua sudah tahu). Sebagaimana kamu tidak rela sisa-sisa taik itu melekat dijari kamu ketika kamu sedang makan nasi, tidur, bekerja dan bersetubuh dengan isteri maka sudah pasti rasa yang sama juga patut ada terhadap dunia. Begitulah juga dengan dunia ini, kamu ambiklah setakat yang perlu dan ingat dunia itu mesti diletak hanya di tangan,bukan digam di dalam hati. Dan lepas itu, bila perlu kamu lepaskan genggaman dunia itu maka kamu lepaslah ia dan letakkan di tempat yang sesuai. Nampak macam mudah.

Ya, mestilah ia akan jadi mudah bila kamu atau manusia semua gunakan akal dengan cara yang betul. Guna akal dengan ikut 'instruction' yang diberi oleh Tuhan azzawajala maka InsyaAlLah akan jadi mudah.Dunia 'BANGKAI-PENIPU-JAMBATAN'. Tampallah slogan ini di dahi sendiri jika rasa terpaut hati dan terpikat dengan dunia masih lagi tertanam utuh pada diri sendiri.

Janganlah jadi orang yang merugi.
Malaikat Maut mari pun tak sedar diri.
Nescaya rugi dan malanglah diri.
Kelak disana menggigit jari.
Panas membakar peneman diri.
Tiada kawan tiada isteri.
Hanyalah api sebagai penyeri.
Dibakar dipukul setiap hari.
Hancurlah muka,sesallah hati.
Rugi..oh rugi tidak bererti.


A/A/S: pastinya dunia akan tamat tempohnya juga. soalnya ialah samada mata dulu tertutup atau mata tertutup oleh debu-debu kacau bilau kiamat.Siapa tahu? jadi, marilah siap sedia balik ke kubur.Tempah kain kapan pesan keranda.