Thursday, October 29, 2009

1Malaysia-Slogan Hancing?


"Bro, boleh ke you terangkan kat I apa dia definasi 1Malaysia itu? Sorry to ask you, sebab I tak faham. Aku segan nak tanya ramai orang. Sebab you dah muncul dalam TV bercakap tentang isu ini, I nak tanya youlah!"

Dia lantas menjawab,"Sebenarnya bro, aku pun tak faham. Dah dia orang suruh, aku cakaplah apa yang patut. Aku pusing ke sana, aku pusing ke sini dan cakap ajelah. Oh! Kau tengoklah aku bercakap dalam TV semalam?"

Saya jawab, "Tengok!".

Dia pun kata, "Haa, apa yang aku cakap itu, itulah 1Malaysia. Aku pun dah lupa apa yang aku cakap...dan itu pun 1Malaysia,"katanya sambil berdekah ketawa.

Selepas itu saya bertanya-tanya kepada begitu ramai orang termasuk pemimpin dalam kerajaan yang berkawan dengan saya tentang definasi 1Malaysia ini.

Tiada siapa pun boleh menjawab pertanyaan saya itu, malahan ramai pula akhirnya yang bertanya kepada saya apa itu 1Malaysia.

Mereka juga bertanya antara satu dengan lain soalan yang sama; masing-masing keliru.

Baru saya sedar bahawa bukan saya seorang yang tidak faham tentang slogan ini.

Rupa-rupanya Satu Malaysia yang tidak faham tentang 1Malaysia ini. Mungkin itukah definasinya?_ (Petikan surat pembaca Harakah Daily)




Jenuh si Piem mencipta bagai slogan hancing. Yang dulu si Hidung Cangkung galak dengan slogan nakalnya Wawasan 2020 beliau. Kelakar, sebabnya bila dah masuk tahun 2020 mungkin si Hidung Cangkung sudah reput pun jadi fosil. Lepas si Hidung Cangkung, naik pulak seorang lagi Piem baru. Agak 'slow' dan santun gayanya. Tidak susah untuk tengok rupa si Piem baru yang 'slow' tu tidor waktu 'meeting'. Maka dapatlah gelaran tak rasmi untuk beliau iaitu si Piem kaki tidor, si Piem siput babi dan bagai lagi.

Yang Piem 'slow' ini pun tak lepas dengan slogan beliau sendiri. Juga gian ingin melepaskan nafsu syahwatnya dengan cara mencipta slogan peribadinya. Malang sungguh kerana slogan yang beliau cipta benar-benar 'bangkai'. Lahirlah slogan yang berbaur agama kononnya ingin naikkan imej Islam. Katanya ingin bela nama Islam. Dengar khabar mahu buktikan yang Melaysial sebagai negara Islam. Hampeh, "Islam Hadhari-Ciptaan Badawi".Akhirnya slogan hancing yang sedemikian juga dibuang ke laut. Rakyat hanya dipergunakan atau dibonekakan dengan slogan-slogan hancing sebegitu untuk tempoh yang singkat. Sesingkat masa untuk membuang air kecil.

Tak sampai sepuluh tahun slogan-slogan hancing itu telahpun dilupakan oleh rakyat. Entah apalah yang si Piem-Piem ini mahu dan impikan. Kalau setakat jadi Piem untuk cipta slogan lebih baik tak payah jadi Piem. Jadilah posmen lagi bagus. Lepas pupusnya legasi si Piem siput babi kuat tidor waktu meeting, naiklah pulak seorang lagi anak Naga Pekan sebagai Piem baru. Dengan kepala jendol lagak bagai penjahat filem Hindustan melompat-lompatlah beliau dengan slogan yang tak kurang hancingnya yakni 1Malaysia.Memalukan sungguh.

Sekali lagi rakyat-rakyat diperbodohkan bagai kerbau dicucuk hidung dengan benang cap Kerbau. Rakyat pun dipaksalah anggukkan kepala tanda setuju dengan slogan baru buatan
anak Naga Pekan itu. Bersorak-sorailah rakyat jelata dengan pesta-pesta keramaian tanda gembira menerima slogan 1Malaysia yang indah itu. Menari dan berjogetlah mak cik-mak cik, pakcik-pakcik di kampung sebagai tanda hormat kepada slogan "bangkai" itu. Kilang-kilang dan para desingner sticker, banner pun berlumbalah buat duit dengan producedkan sticker dan banner 1Malaysia. Banyaklah duit yang dapat hasil janaan produk 1Malaysia itu.

Sudah puas dijaja dengan slogan barunya itu, si anak Naga Pekan sudah kepenatan melayan nafsu serakahnya itu. Dan rakyat jelata yang sibuk berdendang juga kepenatan. Papan iklan yang terpapar wajah si Piem anak Naga Pekan yang sedang senyum giat dipacak di seluruh kampung. Tak cukup dengan kampung habis seluruh bandar dipacak juga papan tanda 1Malaysia itu. Seluruh simpang dan penjuru terpacak batang tiang yang menahan wajah anak Naga Pekan yang tengah senyum. Rakyat juga tersenyum melihat slogan baru itu.

Nanti selepas si Piem anak Naga Pekan itu berambus dari tampuk entah slogan apa pula yang akan dicipta oleh si Pak Din Sin. Mungkin 1Jamban, atau 1Jiwa dan mungkin juga 1Bendera. Biarkanlah mereka si Piem-Piem kaki auta sibuk dengan agenda budak sekolah mereka. Biarkan sahaja masalah rakyat diabaikan sepuas-puasnya. Si Piem-Piem yang makan kenyang,tidur lena,poket penuh ini memang sekadar tahu mengenyangkan perut sahaja. Tiada peranan tiada agenda untuk berfikir sebagai seorang Piem.

Lepas si Piem anak Naga Pekan bertemu kubur pasti orang akan lupakan slogan hancing beliau itu. Slogan itu pasilah akan turut disumbat ke dalam kubur bersama beliau. Kerana slogan baru akan dicipta oleh si Piem yang baru. Itu sudah pasti dan rakyat pun sekali lagi diperbodohkan dengan tarian dan nyanyian meraikan slogan baru itu. Mabuk dan peninglah rakyat jelata dengan hilai tawa pesta-pesta keraian si Piem baru itu nanti.

Sedang rakyat pedalaman di Sabah dan Sarawak sedang kegelapan tiada elektrik tiada kad pengenalan maka riuh rendahlah tapak-tapak pesta di mana-mana menselebretkan slogan baru itu nanti. Sedang kadar buang bayi makin parah diberitakan makin galaklah si Piem dan rakyatnya berjoget dendang sayang menyambut ketibaan slogan baru. Rakyat pun terus menjadi dungu dan bebal. Si konco-konco Piem kenyang perutlah meratah hasil negara. Si bini-bini menteri berat tengkuklah menggalas emas 56 karat di batang leher masing-masing. Sang anak-anak menteri berseronok sakanlah berjoget di pub-pub hasil memakan duit titik peluh rakyat jelata.

A/A/s: Slogan Hancing tak punya erti. Rakyat juga tetap dibodohkan. Rakyat bagai orang terkena pukau. Orang-orang Piem akan kenyang perut makan duit rakyat dari hasil bumi Tuhan. Malaysia oh..Melaysial...

Sunday, October 25, 2009

Pasal Menulis Karya

1.0 Pengenalan

Kedudukan Sastera Melayu dewasa ini telah diwarnai dengan pelbagai isu dan konflik yang tidak berkesudahan. Antara isu dan gejala yang menyumbang kepada sindrom ketidakstabilan dunia Sastera Melayu ialah isu mengenai kedudukan Sastera Islam. Kedudukan dan kesahihan sesebuah Sastera Islam yang menggunakan Islam sebagai dasar
perangkaan dalam berkarya masih menjadi persoalan yang tidak terjawab. Selain daripada itu, bukan sahaja kedudukan karya yang menggunakan Islam sebagai label yang menjadi persoalan, bahkan karya-karya Sastera yang umum juga turut dipersoalkan ketulenannya sebagai sebuah wadah atau wacana ilmu yang bermanfaat.


Perbicaraan tentang isu yang agak kompleks ini telah dirungkai dan dipelopori oleh seorang penulis dan pengkritik lantang iaitu Mohd Affendi Hassan yang telah memperkenalkan satu teori yang dinamakan Teori Persuratan Baru yang telah menjadikan suasana dan kemelut Sastera Melayu semakin rancak dan menarik. Melalui teori tersebut beliau telah mewujudkan pelbagai persoalan dan pengenalan kepada konsep dan kedudukan sesebuah karya sastera yang benar menurut hakikat insan dan melihat Allah s.w.t sebagai segala pusat rujukan dalam mengolah sesebuah karya sastera.


Seterusnya, sebarang penulisan dan penciptaan karya sastera menurut teori tersebut mestilah tidak terpisah dengan ikatan Tauhid kepada Allah s.w.t. Maka, jika penulisan dan penciptaan karya yang dimulakan menurut segala tertib Tauhid kepada Allah s.w.t sudah pasti karya yang terlahir akan penuh dengan ilmu, keindahan serta kebenaran. Justeru, persoalan inilah yang akan cuba dirungkai oleh penulisan esei kecil ini. Esei ini akan cuba menunjukkan definisi dan kedudukan karya-karya sastera yang benar-benar menurut landasan Tauhid kerana hanya karya yang sebegini sahaja yang layak dikategorikan sebagai sebuah karya sastera yang bermanfaat.


2.0 Makna Seni / Sastera Menurut Pandangan Islam.

1)Makna Seni
Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci, berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial. (Abdul Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Engku Ibrahim Ismail:2001) Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia. Lantas nilai-nilai keindahan itu mestilah berupaya memberi manfaat dan berperanan terhadap manusia yang menghayati dan menikmati keindahan itu.

Allah s.w.t adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah s.w.t. Hal ini kerana segala kawalan, pergerakan dan ilham adalah muncul hanya dengan keizinan kudrat Allah s.w.t. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :

a) Seni ciptaan Allah s.w.t
b) Seni ciptaan manusia

Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah s.w.t , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah s.w.t.(Ibid).

2)Makna Sastera
Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud ‘Bahasa Yang Indah’. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah s.w.t itu sendiri. Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup. Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya.

3.0 Dasar-Dasar Persuratan Islam
Menurut Persuratan Islam (Persuratan Baru), sesebuah karya yang ingin dicipta itu mestilah menggunakan Tauhid sebagai pusat rujukan dan pencarian sumber ilham bagi memulakan proses berkarya. Hal ini kerana Tauhid mestilah dilihat dan diakui sebagai asas yang penting dalam mengolah karya agar kelahiran sesebuah karya itu tidak hanya dapat memuaskan nafsu dan akal yang cetek semata-mata.

Jadi, bagi menjadikan karya yang bakal lahir itu adalah benar, elok, baik dan bermanfaat, pengarang atau sasterawan mestilah mengenali terlebih dahulu maksud ilmu yang sebenar. Pada tahap filosofikal, Persuratan Baru tertegak pada tiga falsafah utama yang saling bergabung dan bertautan (coalesce), iaitu “Hakikat Insan”, “Hakikat Ilmu dan Amal”, serta “Hakikat dan Fungsi Sastera”(Mohd Affendi Hassan:1992)

Oleh itu, melalui falsafah “Hakikat Insan”, para sasterawan dan pengarang perlu menyedari dan memahami kewujudan insan di atas muka bumi adalah berpunca daripada kekuasaan and kehendak Allah s.w.t. Lantas, jika konsep yang benar ini telah difahami oleh pengarang bahawa kewujudan manusia (pengarang) di dunia adalah berserta dengan peranan sebagai khalifah dan hamba Allah s.w.t maka, proses penulisan karya-karya juga pasti tidak akan terpisah dengan “Hakikat Insan” tadi.

Seterusnya ialah “Hakikat Ilmu dan Amal” yang dijelaskan oleh Persuratan Islam memberi gambaran bahawa karya yang dicipta adalah berupa amal dan melalui amal itulah ilmu yang benar perlu disebarkan, sebagaimana Al-Quran berperanan sebagai pembawa ilmu serta panduan beramal kepada manusia.
Selain itu, “Hakikat dan Fungsi Sastera” perlulah difahami oleh para pengarang atau sasterawan agar karya sastera yang dihasilkan benar-benar berfungsi sebagaimana fungsi sebenar manusia dicipta yakni untuk menyeru kepada makruf dan mencegah kepada perkara mungkar.

Melalui konsep inilah sesebuah karya itu akan berhasil dinilai sebagai sebenar-benar karya yang berilmu dan penuh manfaat jika ditelaah dan dihayati.
Menurut Mohd Affendi Hassan sebarang ilmu yang benar itu mestilah datangnya dari Al-Quran sebagai Kanon dan Allah s.w.t juga sebagai asas pegangan dalam berkarya supaya karya yang dicipta tidak sia-sia sifatnya. Namun begitu, sudah pasti penjelasan tentang ilmu menurut Affendi ini sukar diterima oleh sesetengah individu kerana telah melihat kebebasan dalam berkarya itu telah disempitkan serta diletak batasan yang menyukarkan proses pengkaryaan.

Masalah ini berpunca kerana falsafah dan pengertian “sastera” ini kemudiannya terputus, akibat penjajahan Barat di Alam Melayu yang berhasil dalam mengubah (lebih tepat “menyempitkan”) falsafah dan pengertian “sastera” Melayu pada masa kini, dengan menjadikannya sebagai satu kegiatan penulisan karya-karya fiksyen yang berasaskan imaginasi semata-mata (Mohd. Zariat Abdul Rani:2008). Masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pengaruh para pemikir Barat yang mengisytiharkan pelbagai teori yang tidak berasas dan seringkali menemui kebuntuan dengan rumusan yang kacau bilau sifatnya.

Sudah pasti suasana berbeza akan wujud sekiranya Tauhid atau Islam dijadikan asas dalam melahirkan sesebuah karya. Hal ini jelas kerana matlamat Islam itu sendiri membawa kepada keamanan, ketenangan dan kemakmuran. Tambahan lagi, setiap pengarang yang mencipta sebarang karya perlu memahami dan menyedari hakikat diri (hakikati insan) yakni sebagai seorang hamba ciptaan Allah s.w.t yang memegang peranan sebagai Khalifah dan Abdillah.

Hanya dengan kaedah dan pemahaman sebegini akan menjadikan proses penciptaan karya itu sebagai ibadah di sisi Allah s.w.t
Jikalau kedua-dua peranan besar ini tidak diketepikan semasa menjalankan gerak kerja menulis sesebuah karya maka kemungkinan untuk lahirnya sebuah karya yang tidak bermanfaat dan jauh dari ikatan Tauhid serta Kanon amat besar. Sesungguhnya, prinsip Taklif inilah yang menurut Persuratan Baru mengikat kegiatan sastera dengan tuntutan “janji azali”, dan dengan itu menjadikan kegiatan sastera di sisi Islam sebagai salah satu bentuk pengabdian (ibadah) manusia kepada Pencipta mereka.( Wan Mohd. Nor Wan Daud:1997)

Hal ini jelas kerana Islam telah meletakkan piawaian dan kayu ukur yang sistematik dan efektif terhadap karya sastera bahawa sesebuah karya itu perlulah memiliki keindahan berserta kebenaran bagi melayakkan karya itu dilabelkan sebagai ilmu yang benar. Sekiranya sesebuah karya itu hanya menekankan aspek keindahan semata-mata yang begiti bebas dan terkeluar daripada lingkaran Tauhid dan tidak menyatakan ilmu yang benar maka karya tersebut amatlah tidak berguna.

Perkara ini begitu wajar kerana jika penulis atau pengarang hanya menekankan keindahan semata-mata tanpa menghiraukan kebenaran ilmu itu maka sudah pasti sifat sesebuah karya itu akan kosong daripada makna, tujuan dan peranannya untuk masyarakat atau manusia.
Seterusnya, dengan menjadikan tuntutan Tauhid dan Kanon (Al-Quran) sebagai pusat rujukan dan panduan dalam berkarya maka karya yang dicipta sudah pasti akan padat dengan kebenaran dan tidak hanya sebagai sebuah cerita angan-angan yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada minda, emosi serta rohani pembaca.

Keadaan ini begitu selari dengan kehendak dan objektif Persuratan Islam (Persuratan Baru) yang menuntut sesebuah karya yang tidak hanya muncul sebagai hasil daripada perahan khayalan yang tidak mempunyai kebenaran hakiki. Demikian gagasan dan pemikiran yang dianjurkan oleh Persuratan Islam dalam menentukan kedudukan sesebuah karya yang ingin menyampaikan cerita.

Saya tidak berminat untuk hanya bercerita, kerana dalam kajian saya, Al-Quran tidak pernah bercerita sekadar bercerita. Cerita digunakan untuk menyatakan sesuatu gagasan atau pemikiran, untuk memberi peringatan atau amaran (Mohd Affendi Hassan:1994)

Melalui petikan tersebut begitu jelas bahawa penekanan kepada konsep ilmu yang benar begitu jelas digagaskan oleh Persuratan Islam (Persuratan Baru). Menurut Persuratan Baru, “ilmu yang benar” merujuk kepada “ilmu” yang dapat menjadikan manusia tahu dan kenal akan Pencipta mereka, dan dengan pengetahuan dan perkenalan tersebut mendorong manusia untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di sisi Islam (amar maaruf nahi mungkar). ( Wan Mohd. Nor Wan Daud,:1997).

4.0 Penutup
Maka, jika sesebuah karya yang dicipta oleh pengarang berpandukan atau merujuk kepada konsep utama Persuratan Islam (Persuratan Baru) iaitu “Hakikat Insan”, “Hakikat Ilmu dan Amal”, serta “Hakikat dan Fungsi Sastera sudah pasti karya yang dilahirkan akan sarat dengan kebenaran dan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Kesannya mungkin masyarakat tidak lagi disogok dan dipermainkan oleh karya-karya yang ‘kosong’ daripada ilmu yang benar dan sekadar memuaskan nafsu semata-mata.

Adalah membimbangkan sekiranya minda dan cara berfikir masyarakat hanya berlingkar dan terbatas terhadap karya-karya yang ‘kosong’ tanpa hakikat ilmu yang benar.
Secara tidak langsung karya yang sarat dengan ‘ilmu yang benar’ akan menjadikan peranan pengarang sebagai khalifah dan hamba Allah s.w.t akan terlaksana. Selain itu, para pembaca tidak lagi dimabukkan serta dihanyutkan oleh cerita-cerita yang hanya sekadar cerita imaginasi yang tidak berisi.

Perkara ini begitu penting untuk dijayakan dengan menjadikan metodologi Persuratan Islam (Persuratan Baru) sebagai medium dalam mencipta karya sastera yang benar-benar berfungsi dan memiliki utilti. Akhirnya, barulah kebenaran dan kebaikan daripada ilmu itu akan dapat dikecapi melalui karya-karya sastera yang menjadikan dasar-dasar Persuratan Islam sebagai asas dalam mencipta karya.

A/A/S:Menulis dan benda yang ditulis pasti akan disoal-siasat nanti oleh Tuhan Azzawajala.Janganlah kiranya masa menulis, agama @ akidah diletak tepi. Setiap masa pun kena betulkan akidah jadi menulis perlu kepada mengikut dan menurut lunas dan tertib akidah. Selesai masalah.

Saturday, October 24, 2009

Apa Itu Dunia?

Cukuplah tu, dunia ini penipu. Jangan jadi bodoh. Nanti menyesal ditipu dunia tak berguna juga. Dunia ini bangkai. Semuanya tipu daya. Nanti terperdaya dengan dunia dan menyesal tiada faedah. Dunia ini Allah s.w.t yang buat. Allah s.w.t yang cipta, Dia yang jaga dan atur segala aktiviti dan 'events' di atasnya. Lepas Dia s.w.t buat,susun, hias dan atur dunia ini, Dia s.w.t bagitahu pulak yang dunia ini 'PENIPU'. Allah s.w.t bagitahu lagi melalui Nabinya s.a.w (yang aku dengar dari ustaz kata) bahwa dunia ini 'BANGKAI'.

Siapa yang waras atas dunia ini yang akan berkawan rapat atau menyayangi seorang 'PENIPU'? Kamu rasa ada tak manusia yang akalnya sihat akan berkahwin dengan seorang lelaki atau wanita yang tertulis perkataan 'PENIPU' atas dahinya? Contoh lain, kamu semua fikir ada tak manusia yang normal otaknya yang akan duduk berdamping dengan 'PENIPU' yang suatu masa akan menipu beliau sehingga tertipu atau 'PENIPU' tadi akan menghasut beliau supaya menjadi'PENIPU' seperti 'PENIPU' yang lain. Mestilah manusia yang waras akan bertindak sebaliknya. Kecuali memanglah wayar medula oblongata individu itu sudah rosak. Itu hal lain.

Pelik. Pelik sebab ramai sudah yang buta mata, pekak telinga, mati hati bila dihidangkan dengan dunia dan benda-benda dunia yang busuk berbangkai yang amat sangat. Tuan punya dunia sudah pesan siap-siap bahwa dunia ini 'BANGKAI'(yang aku dengar dari ustaz kata).Apa lah sangat nilai seketul 'BANGKAI' jika nak dibandingkan dengan AKHIRAT. Tapi, itulah masalah sekarang, ramai yang tertelan 'BANGKAI' yang busuk itu lantas lupa terus daging panggang, burung salai di AKHIRAT. Macam mana manusia yang ada PHd, pangkat-darjat, harta hebat, ilmu itu, ilmu ini boleh termakan dengan bau busuk 'BANGKAI'?. Inilah persoalannya.

Tiada pula dibina KEDAI MAKAN BANGKAI BERUK, RESTORAN BANGKAI ITIK MASAK SEPARUH, BANGKAI KUCING SIAP ORDER CAFE, D'BANGKAI GAGAK CORNER,BANGKAI KAMBING TOMYAM SIAM. Memang manusia yang perasan ada akal reti membezakan 'BANGKAI' yang berobjek,berjisim,nampak dengan 'BANGKAI' yang Nabi s.a.w yang bagitahu. Dunia ibarat 'BANGKAI'. Itu hal yang jelas. Jelaslah bahwa dunia itu memang 'BANGKAI' dan pasti akan hancur suatu detik kelak.

Yang sedang menggonggong 'isi-isi bangkai' pasti akan tersembam pecah muka nanti bila dunia ini bergoyang-gegak menanti kehancuran mutlak. Yang sedang menghirup 'sisa-sisa lendiran nanah bangkai' pasti akan terjelupak patah tengkuk bila dunia ini digoncang-goncang oleh tiupan Malaikat Israfil. Yang sedang bersandar di kerusi dek kekenyangan memamah 'cebis-cebis urat bangkai' pasti akan hancur kepalanya berselirat akibat ditindih oleh dunia yang sedang runtuh dan roboh.

Maka, apalah nilai dunia si 'BANGKAI' tak berguna ini jika dibandingkan dengan tujuan sebenar kita (manusia) yang dihantar untuk pulang dengan bekalan masing-masing ke kampung AKHIRAT. Mestilah dunia si 'PENIPU' ini haram tidak berguna untuk dipuja-sembah sehingga hancur muka, pecah kepala, patah tengkuk dibelasah oleh Malaikat Zabaniah. Memang tak patut,tak patut.Masalahnya ramai yang sudah lemas tenggelam berbuih mulut akibat ditelan ombak dunia yang penuh dengan 'BANGKAI' dan najis 'PENIPU'.

Jika digunakan perumpamaan yang sikit sopan, dunia ini bolehlah disebut sebagai 'JAMBATAN'. Dunia hanyalah 'JAMBATAN' untuk manusia pergi ke alam kehidupan yang ada di seberang 'JAMBATAN'. Fahamlah bahwa ada alam yang sedang menunggu kita di seberang sana. Allah s.w.t sedang menanti kepulangan kita ke kampung halaman di sana. 'JAMBATAN' tidak sesuai untuk dibuat tempat tinggal. Itu kerja orang gila. Kita hanya guna 'JAMBATAN' ini untuk pergi ke seberang sahaja. Jangan tidur atas 'JAMBATAN'.Jangan duduk lama-lama atas 'JAMBATAN'. Tak perlu dihias cantik-cantik 'JAMBATAN' itu sebab kamu akan tinggalkan juga ia akhirnya.

Kalaulah ada manusia sewel yang tidur, buat rumah, duduk bersila atas Jambatan Pulau Pinang mesti orang akan tangkap dan sumbat di rumah sakit jiwa. Ya, sebab 'JAMBATAN' bukan tempat untuk tinggal,bukan tempat untuk tidur. Jambatan hanya untuk digunakan sebagai laluan saja. Cukup setakat tu. Tak usah berpura-pura hilang akal untuk warnakan, hiaskan, bina besar-besar 'JAMBATAN' itu sebab nanti takut kamu akan mampus kelemasan sebab 'JAMBATAN' hanya siap separuh. Sia-sia saja hidup sebab sehabis umur kamu guna untuk hias 'JAMBATAN' sampai lupa nak hias AKHIRAT yang kekal.

Anggaplah dunia yang 'berbangkai' ini sebagai sebenar-benar 'BANGKAI'. Akui dan terima dengan penuh yakin dan keinsafan bahwa dunia ini 'PENIPU-BANGKAI-JAMBATAN'.InsyAlLah akan selesai masalah kerana kamu pasti yakin dan bertindak dengan bijak untuk tidak memakan 'BANGKAI', berkawan dengan 'PENIPU' atau berpura-pura sewel untuk tinggal, tidur, duduk bersila atas 'JAMBATAN. Jika hal ini yang berlaku nescaya InsyAlLah semua manusia akan faham dan nampak wawasan hidupnya.

Memang susah sebab AKHIRAT itu ghaib,tak nampak di pandang, tak sampai dipegang, tak berbau dihidu,dan itulah fungsi IMAN. Dengan IMAN barulah semua masalah bisa disetel,InsyAlLah.Ok, susah sangat kamu nak buang dunia dari tangan ye? Kamu rasa dunia ini seakan-akan melekat di hati sanubari kamu ye? Senang saja, kamu anggaplah dunia ini sama macam sisa-sisa taik yang melekat di jari tengah kamu semasa kamu sedang membasuh berak. Mesti ada sisa-sisa taik yang melekat di jari utama itu, pasti ada dan sisa yang melekat itulah kamu kena anggap ia sebagai dunia. Maka, jika begitulah fikiran kamu kepada dunia (sisa-sisa taik) nescaya pasti kamu akan buang dunia dari hati kamu seperti kamu buang sisa-sisa taik dari jari tangan kamu.

Mudah sahaja, kamu sentuh taik itu kerana ia satu keperluan dan ia memang juga satu arahan dari Tuhan azzawajala. Jadi, bila perlu sentuh, kamu sentuh sahaja setakat yang perlu dan lepas itu kamu cucilah dengan sabun akan jari-jari itu. (Yang ini tak perlu aku ajar pun sebenarnya, semua sudah tahu). Sebagaimana kamu tidak rela sisa-sisa taik itu melekat dijari kamu ketika kamu sedang makan nasi, tidur, bekerja dan bersetubuh dengan isteri maka sudah pasti rasa yang sama juga patut ada terhadap dunia. Begitulah juga dengan dunia ini, kamu ambiklah setakat yang perlu dan ingat dunia itu mesti diletak hanya di tangan,bukan digam di dalam hati. Dan lepas itu, bila perlu kamu lepaskan genggaman dunia itu maka kamu lepaslah ia dan letakkan di tempat yang sesuai. Nampak macam mudah.

Ya, mestilah ia akan jadi mudah bila kamu atau manusia semua gunakan akal dengan cara yang betul. Guna akal dengan ikut 'instruction' yang diberi oleh Tuhan azzawajala maka InsyaAlLah akan jadi mudah.Dunia 'BANGKAI-PENIPU-JAMBATAN'. Tampallah slogan ini di dahi sendiri jika rasa terpaut hati dan terpikat dengan dunia masih lagi tertanam utuh pada diri sendiri.

Janganlah jadi orang yang merugi.
Malaikat Maut mari pun tak sedar diri.
Nescaya rugi dan malanglah diri.
Kelak disana menggigit jari.
Panas membakar peneman diri.
Tiada kawan tiada isteri.
Hanyalah api sebagai penyeri.
Dibakar dipukul setiap hari.
Hancurlah muka,sesallah hati.
Rugi..oh rugi tidak bererti.


A/A/S: pastinya dunia akan tamat tempohnya juga. soalnya ialah samada mata dulu tertutup atau mata tertutup oleh debu-debu kacau bilau kiamat.Siapa tahu? jadi, marilah siap sedia balik ke kubur.Tempah kain kapan pesan keranda.

Monday, October 19, 2009

Drama Di Bawah Pohon Beringin Tua

Di bawah sebuah pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut terdapat lima sekawan manusia yang sedang santai berbual. Kawan 1 sedang duduk bercangkung sambil menghisap rokok. Kawan 2 dan kawan 3 tenang menyandar di batang pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut itu. Manakala kawan 4 pula sedang membelek helaian surat khabar yang dikutip dari tong sampah berdekatan. Kawan 5 pula hanya berdiam sendirian sambil memandang ke langit kelam.

Kawan 4: Hoi…! Gila punya manusia! Budak satu tahun pun dicabul-rogol….(sambil meramas-koyak helaian surat khabar buruk itu)

Kawan 3: Apa hal ni..? Bising!

Kawan 4: Hal apa? Bising apa?

Kawan 2: Siapa bising? Hal apa?

Kawan 3: Kau apa hal? Apa maksud kau?

Kawan 1: Ada apa ni…? (hairan)

Kawan 4: Ini berita dalam surat khabar lah…gila!

Kawan 2: Kenapa? Surat khabar tu bising ke..? Dia bercakap ke..?

(Kawan 3, kawan 4 dan kawan 1 menjeling ke arah kawan 2. Masing-masing mencemuh geram)

Awan berarak kelabu pada malam yang kelam itu. Langit bersiul sayu dan angin pun begitu. Suasana sunyi menjadi pecah dan patah akibat kelam-kabut dek perbualan dan tengkingan yang datang dari batang lidah lima sekawan dari bawah pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut itu.

Kawan 3: Kenapa ni..berita apa kau baca tu…?

Kawan 2: Ya…berita apa tu, menarik sangat ke….? Pelik tapi benar ke….? (ingin tahu)

Kawan 4: Ah..! kau diamlah. Banyak soal pulak…

Kawan 3: Ya, kau diam lah.

Kawan 4: Hei..kau pun sama..! jangan banyak soal. Diam! Ini ada berita gila.

Kawan 1: Apa yang kau bising-bising tu..? Hebat sangat ke berita dalam surat khabar buruk tu..?

Kawan 4: Ah..! kau pun diamlah….(sambil menjeling ke arah Kawan 5)

Kawan 3: Hoi..berita apa yang kau baca tu,,ceritalah sikit…

Kawan 2: Yelah..itu pun susah ke..apa lah kawan..belah la kau…! (dengan lebih-lebih mengejek kawan 4)

Kawan 5: Hei..apa hal kamu ni..? Kau baca apa? Ceritalah pada kami cepat. Kau nak aku pergi tampar kamu semua sorang-sorang ke…? (mengugut tegas kawannya yang bereempat itu)

Kawan 4: Tak da lah, ini ada berita budak kecil-umur setahun kena cabul-rogol oleh ‘mamat’ si suami pengasuh……….

Kawan 2: Oooo. Aku sudah agak tadi..mesti kes-kes yang macam tu punya..(perasan tahu)



Masing-masing terkejut mendengar penjelasan ringkas oleh Kawan 4 tentang berita yang dibacanya. Kawan 3 tertunduk mendengar khabar itu. Kawan 2 dan 1 menggeleng-gelengkan kepala mereka. Kawan 5 tetap juga berdiam sendirian sambil memandang ke langit malam yang kelam.


Kawan 1: Kat mana kes tu berlaku..? Kurang ajar!

Kawan3: Habis tu…budak kecil itu mati ke hidup?

Kawan 4: Entahlah…aku baca baru tajuknya…

Kawan 2: Cis….! Ingatkan dah habis baca tadi.

Kawan 4: Hoi..! kau diamlah….

Kawan 3: Sudah-sudah…bagi aku baca ‘paper’ tu.

Kawan 1: Ya, bagi dia baca lah senang. Tak payah buang masa.

Kawan 3: Dengar sini aku baca….

“Pasir Mas, 31 Feb 2009, Seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun lima belas minggu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ibunya mendapati terdapat pendarahan akibat luka di bahagian kemaluan kanak-kanak tersebut. Kini, kanak-kanak malang itu sedang mendapatkan rawatan rapi oleh dokor dan pakar perubatan di hospital terbabit. Hasil siasatan dan laporan perubatan juga mendapati bahawa kanak-kanak tersebut disahkan menjadi mangsa cabul dan rogol kesan daripada luka yang serius di bahagian kemaluannya. Ibu bapa kanak-kanak malang itu telah pun membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan atas kekejaman yang berlaku ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa itu. …………”


…………” Lelaki yang disyaki telah mencabul dan merogol kanak-kanak perempuan itu didapati merupakan suami kepada wanita yang diupah untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Saripah Joenut yang merupakan seorang jururawat telah mendapatkan khidmat menjaga anak perempuannya itu beberapa bulan yang lalu. Hasil maklumat awal juga mendapati lelaki yang disyaki berkenaan juga seorang penganggur dan bekas penagih dadah. ….”


Kawan 5: Biadab betul. Kalau aku dapat ‘setan’ tu memang hancurlah muka dia….

Kawan 2: Persetankan manusia macam tu….baik bunuh…!

Kawan 4: Ish..ish…

Kawan 1: Kalaulah anak aku yang kena matilah lelaki tu…

Kawan 2: Kau mana ada bini…ha..ha..ha..(ketawa besar)

Kawan 4: Haa..yelah kau pandai bercinta ke..? (turut ketawa sama)

Kawan 1: Hoi….kurang ajar kau..(geram)

Kawan 3: Hei..jangan main-main..dengar sini, aku sambung lagi…

“Menurut Saripah Joenut, ibu kepada kanak-kanak tersebut, didapati beliau telah mengesyaki sesuatu tentang sikap pelik pengasuh dan suaminya itu. Namun disebabkan tidak sanggup untuk berhenti kerja demi menjaga sendiri anak perempuannya,, beliau tetap memilih untuk mengupah wanita terbabit….”


Kawan 4: Oooo…!, padanlah..

Kawan 3: Apa yang padan?

Kawan 2: Yelah, padanlah jadi macam tu. Si ibu rupanya yang bersalah..

Kawan 1: Bodoh punya emak….anak sendiri pun tak nak jaga….bodoh..(marah bercambur geram)

Kawan 5: Ya…memang perempuan sekarang bodoh-bodoh…belaka.

Kawan 4: Mana kau tahu tu…kau bukan perempuan..!

(semua yang terdengar ketawa besar sekali lagi, perbincangan isu yang serius tadi menjadi kacau dan santai semula)

Kawan 1: Yelah,,kau bukannya perempuan, lagi pulak kau memang tak pernah kenal dengan perempuan pun..ha..ha…(ketawa besar bersambung lagi)

Kawan 2: Ha…ha..ha…kau pun sama la, mengata orang je tahu..!

Kawan 5: Diamlah, nanti aku terajang semua baru tahu. (berlagak serius)

(semua kembali diam dan tenang, masing-masing mengesat air mata da air liur yang meleleh semasa ketawa besar beberapa kali tadi)


Malam pun terus saja berlalu tanpa segan dan silu. Angin begitu setia menyanyi lagu sayu. Dan awan dan langit tetap juga begitu. Angin sesekali mencucuk tulang-tulang dengan kesejukan bagai terasa dicucuk sembilu.

Kawan 3: Tergamak dia buat macam tu kepada budak kecil tu….memang setan..!

Kawan 2: Itulah manusia sekarang….memang menakutkan..

Kawan 1: Ya, aku pun tak faham kenapa ada orang macam tu di sini.

Kawan 3: Hoi…bukan di sini lah…kes itu di Pasir Mas…Melaka!

Kawan 1: Ha..ha..ha..Pasir Mas bukan Melaka lah...bongok…!

Kawan 5: Ha..ha..ha..itupun tak tahu ke..? malu lah kau ni..!

Kawan 2: Pasir Mas di Johor lah..bodoh..!

Kawan 1: Kau lah yang bodoh…ha…ha..haa.

Kawan 2: Habis tu…?

Kawan 3: Kelantanlah….Pasir Mas di Kelantan…

Kawan 2: Hoi...sudah-sudah, tokang besar dah sampai tu...'barang' kita sudah datang tu..(sambil tersenyum)

Tuesday, October 13, 2009

Pantun Melayu Baru Berselimut Iman

Seri selasih kuntum berputik,
Seri kenanga salam senandung,
Muttaqin sejati agama dijunjung,
Hamba beriman lawannya munafik,


Indah cempaka wangi mengharum,
Semerbak kasturi di laman nurani,
Amal dikejar matinya belum,
Itulah dia mukmin sejati,


Tiang seri kukuh berdiri,
Usianya lanjut jasanya besar,
Mengaji ilmu jangan diketepi,
Barulah hidup tidak tersasar,


Tasik Asmara airnya tenang,
Bukit Setanggi puncaknya menawan,
Syariat Tuhan erat dipegang,
Supaya diri terlindung syaitan,


Istana Bunian warnanya berseri,
Balai Kota gah bernaung,
Halal dan haram dijaga mesti,
Agar akhirat tidak tersadung,


Negeri Makasar jauh di seberang,
Bumi Jawa tanahnya subur,
Insan mulia imannya disayang,
Manusia hina akhiratnya kabur,


Pucuk paku anak sembilang,
Daun semalu tumbuh meliar,
Insan beriman wajahnya cemerlang,
Hamba munafik rupanya bubar,


Pergi India singgah di Benggala,
Bulan Sya'ban musim berbunga,
Hati yang hidup tiada nestapa,
Jiwa yang kotor resah-merana,


Keretapi rodanya banyak,
Kereta lembu rodanya dua,
Insan beriman hatinya lunak,
Insan derhaka jiwanya terluka,


Pohon dedalu pucuknya hijau,
Anak serati jinak di kaki,
Nafsu jahat mesti dihalau,
Agar iman sejati hakiki,


Angin Kemboja bertiup setia,
Awan timur berlalu sopan,
Marah itu sifat tercela,
Jika diikutkan serupalah syaitan,


Jalan ke Riau sesak berperang,
Ramai yang mati bergelimpangan,
Ayah dan bonda dilawan jangan,
Kelak di neraka sesal tak sudahan,


Sepatu kulit buatan Bandung,
Songkok hitam buatan Nepal,
Umpat mengata mesti dibendung,
Agar di akhirat tidak menyesal,


Anak haruan bermain rumpai,
Anak sembilang sengatnya berbisa,
Hati kawan jangan dilukai,
Agar orang sentiasa suka,


Kelibat lanun di Selat Melaka,
Taufan bertiup gegak bergoyang,
Orang suka tiadalah apa,
Allah suka itulah cita-cita,


Seri senandung bunga melati,
Tumbuh segar di bibir kali,
Hati jangan mudah dicemari,
Makan sesuap mestilah diselidiki,


Sutera Cina hadiah diberi,
Selendang Parsi penyeri diri,
Hidup dunia sebagai uji,
Akhirat selamanya sedang menanti,


Taman Anggerik laman bahagia,
Lama dibina berabad usianya,
Aqidah dijaga setiap masa,
Yakin sepenuh pada Yang Esa,


Mentari menyinar sejengkal cuma,
Sinarnya halus membakar keringat,
Yakin padaNya mestilah sentiasa,
Agar selamat dari terlaknat,


Pulang ke Jawa bersama Tok Guru,
Lalu sebentar di negeri Cina,
Yakin dibina pada Yang Satu,
Barulah aman dari bencana,


Mengayuh sampan berteman adinda,
Mudik ke hilir di siang hari,
Jiwa dan raga akan bahagia,
Jika hak Tuhan dijaga rapi,


Pantun berpantun adat Melayu,
Ayatnya manis maknanya indah,
Amal yang baik diseru selalu,
Barulah akhirat menjadi mudah,


Bertikam keris dengan Hang Jebat,
Keris dihunus pedang dicampak,
Bercakap banyak mestilah penat,
Kurang bercakap sifat ulamak,

Sunday, October 11, 2009

Perempuan-Jasad Yang Bernafsu Ikut "MoOd"



Lantas mau terkam terus. Perempuan itu katanya punyai nafsu sembilan sejumlah bilangan. Aduh. Pantas sebegini ganas!. Dikatakan lagi bahwa perempuan itu “mood” atau “temperature” mereka tidak mungkin stabil terus. Ada tika “mood “ mereka agak bahaya lantas tidak bisa ditegur-usik-cuit. Apa perempuan itu tidak punya rasa ‘rileks’ atau ‘cool’. Susah, andai begini sifatnya perempuan itu. Bisa saja ringan tangannya mahu lempang orang. Bisa saja ringan lidahnya mau caci-hina orang. Ini mungkin cocok bagi yang kaki jalanan-yang tidak ngerti apa itu akhlak atau tata cara perilaku manusiawi.

Tapi, tertanya-tanya sama ada perempuan itu kenapa mudah saja mau respon lantang tanpa tidak punya waktu untuk berfikir dulu. Berfikir dulu sebelum terjah terus. Berfikir dulu sebelum mau terkam terus. Ya, inikan bulan Ramadhan yang Indah (ditulis semasa bulan puasa). Apakah nafsu yang sembilan jumlahnya (kata orang) itu tidak bisa diberkas lagi?, tidak bisa dijinakkan lagi? Ini hal yang cerewet sifatnya-mau punya jawaban yang tepat sebelum dijawab. Kata cikgu, perempuan itu lemah gemalai gaya lakunya. Indah suci tutur katanya dan sopan benar gerak-gerinya. Aduh-sempurna sekali produk Hawa ini:kata hati.

Tapi, itu kata cikgu. Cikgu pun sudah lama mati. Dan itu kata-kata yang terbitnya waktu dulu. Dan hari ini kalendar waktunya sudah jauh baru.Bukan lagi hal-hal dulu-dulu yang menjadi isu. Perempuan!. Ya, orang kata: perempuan itu pemalu, penyantun lagi baik peri lakunya. Mungkin sekali sifat-sifat sempurna ini bisa bantui perempuan jadi perempuan yang sabar-perempuan yang fikirin dulu sebelum terkam terus,sebelum terjah terus. Ah, tapi cikgu tidak bilang bahwa perempuan itu ganas-rakus dan punyai nafsu sembilan jumlahnya. Tapi, cikgu hidup waktu dulu. Perempuan yang versi baru ini hidup di era terkini. Nyata berbeza barangkali. Berbeza maksudnya tingkah tanduk perempuan-perempuan yakni di zaman dulu (zaman cikgu) dengan zaman ini (hari ini).

Ramadhan yang Indah.Ya, bulan yang nafsu penghuni taman Ramadhan ini sudah bisa diikat-tambat sampai ketat.(Pastinya bukan semua). Jadi, disini sudah punyai dua faktor besar agaknya. Pertama-Ramadhan yang Indah bisa tundukkan nafsu yang sembilan.Kedua-perempuan-perempuan itu gayanya sudah pasti lemah-lembut, penyopan, penyantun,penyayang (mungkinkah?). Kelihatan dua-dua faktor besar ini bisa saja mampu bantui perempuan agar lebih ‘cool’ atau ‘rileks’ terus sampai ajalnya.
Nah!. Malangnya, perempuan itu tetap sama saja cara dan gayanya. Adakah ini berpunca daripada virus bawaan bebabi itu? Oh!, mungkin tidak. Jadi, harus kenapa perempuan-perempuan itu terus ganas-gelojoh dan rakus peri bahasanya.Tuhan saja yang Tahu. Tuhan saja yang Tahu-cikgu tidak tahu. Ini pasti sekali.

Adakah ini mungkin gejala bawaan genetik dari darah-keturunan nenek moyang mereka? Jauh sekali rasanya. Maka, apa punca yang cetuskan sindrom tidak mau ‘cool’ & ‘rileks’ ini?
Tuhan sudah pasti punyai jawabannya. Cikgu dan aku pasti tak ketahuan. Oh! Perempuan-perempuan yang punyai gelaran penyopan, penyantun, penyayang (betulkah?) seringkali dilihat elok saja. Ya!, Ramadhan ini ibarat ‘washing machine’ yang ghaib sifatnya. Ya, kerna hati-hati bisa dibasuh terus sampai cuci di bulan Rahmat ini-(kata ustaz) Nafsu jahat mungkin senang untuk dipijak.Mungkin! Namun, malang agaknya kerna perempuan-perempuan itu masih juga bernafsu ganas dan pantas.(Dua belas juta persoalan) Entah, cikgu bilang perempuan itu elok rupanya, lembut gemalai gerak lakunya dan sopan suci tuturnya. Aduh! Mana bisa cikgu berbohong. Itukan cikgu. Nah! Masalah ini makin membesar ketumbuhannya.

Tapi, bukankah sudah terbiasa melihat perempuan-perempuan kasar perilakunya. Ah,biarkan soalan ini tidak berjawab kerna sukar rasanya mau dicari jawabannya. Mungkin saja perempuan sendiri yang menjawabnya. Mungkinkah terjawab? Hanya Tuhan yang ketahuan………………

A/A/S: Lantak kau lah perempuan. Kubur masing-masing.

Apa Beza Orang Dengan Binatang: Dari Perspektif Perempuan.


Ini isu lama dah sebenarnya. Dah nak muntah pun kalau baca. Lama sangat dah sampai orang tak lalu nak layan. Tak tulis hati merana, lebih baik tulis nescaya jiwa-raga pun lega. Perempuan tak habis-habis buat hal. Mak bapak suruh pakai baju tutup badan elok-elok ala-ala manusia gitu, tapi nak juga jadi macam lembu kambing kucing dan baa..! Ini masalah lama lah. Dunia sudah moden, orang dah bosan 'bungkus-bungkus' ni. Apa barang nak 'bungkus-bungkus' lagi. Kan elok dedah begitu sahaja. Peduli apa orang sekeliling mau cakap. Kalau orang hina kami, mereka dapat dosa. Kami dianiaya, tak gitu? Cewwahh!.Kami selalu dicemuh sebab kami ingin berubah jadi manusia moden. Itupun salah ke?

Kami orang perempuan pun ada perasaan. Ingin bebas-lepas di udara bagai burung helang. Jadi, soal aurat-aurat ini kami tak ada masa nak layan. Boleh mengerti tak orang-orang diluar sana? Kami nak buka pusat-tunjuk di sekitar kampung pun salah ke?.Macam mana dengan hak kebebasan kami?. Kami pun ada hak sebagai manusia. Kami mahu tunjuk buah dada di khalayak umum siapa nak kisah?. Sudah takdir kami suka benda-benda macam ini kan? Apa kami boleh buat?.

Orang kafir cipta seluar Jeans penat-penat kenalah kami hargai. Kami rasa teruja nak sarung seluar Jeans.Kalau diizinkan Allah biarlah kami dapat seluar Jeans yang ketat-sendat & melekat gitu.Baju-baju kurung ini rimaslah, dah lah corak berbunga-bunga kan. Ingat kami ni mat Bunga ke? Kalau pekena seluar Jeans ketat, baju nampak pusat lepas tu, pakai tudung ala-ala tak siap memang stailo-waralo lah. Baru "matching" dengan arus pemodenan dunia maya tanpa sempadan.Chewwahh!

Tapi, kami suka sangat bila ada muslimin beriman yang jeling-jeling ala-ala Zoro gitu di punggung,dada dan leher kami. Inilah objektif dasar kami sebenarnya. Jika ada orang yang terganggu konsentrasinya akibat daripada tertengok "aksesori" kami ini, wah! kami bangga tau. Syukur.Banggalah amat sangat sebab "aksesori" kami ini ada nilai la kan. Tak gitu?,tapi, ini sebenarnya sampingan sahaja. Kami ada tujuan yang penting lagi dari itu.

Kami ini sebenarnya kaum yang lemah dan sopan santun selalu yang jadi mangsa lelaki jalang. Tak kesian kah pada kami? Tapi, kami tak heran pun sebenarnya sebab geng-geng kami sekarang sudah ramai. Bersepah sepah sampai melimpah mujur tak tumpah.Ewah! Ya, kami memang ramai sekarang. Lihat saja di jalanan, di longkangan,di peparitan,di tetaman bungaan,di deretan kedaian dan semua lokasi lah. Siapa yang ramai? Kami atau kaum jantan yang bagai dugong kepupusan?. Mestila kami,kaum betina! Opss!.Perempuan.

Inilah gejala yang kronik sebenarnya. Kami sebagai perempuan ramai sangat. Jadi, tak heranlah ada yang kami tugaskan untuk menjadi bohsia, minah rempit, gro, pela*ur dan bagai lagi. Ini semua untuk siapa? Mestilah untuk lelaki-lelaki kan. Ingat senang ke nak berkorban diri, harta & masa untuk orang lain? Tapi, kami sebagai perempuan rela lakukan jua. Sebab kami ni kental jiwanya. Jangan lupa dengan kata-kata "tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia". Ayat itu milik kamilah, kaum perempuan.

Bangga sungguh kami rasanya jadi perempuan.Tapi kami khuatir juga kiranya 'tangan yang sama lah yang akan mengoncang pintu neraka.Oh..! tidak mungkin. tapi, tak mustahil. Cuba pergi universiti di seluruh dunia dan tengok siapa yang majoriti?. Cuba pergi hospital siapa yang majoriti? Cuba pergi sekolah rendah siapa yang majoriti? Cuba pergi ke pasaraya,siapa yang majoriti? Cuba pergi ke pusat serenti, siapa yang minoriti? Jawapannya,tentulah kami. Riak sungguh rasanya. Hebat betul perempuan.!!

Tetapi, kami ada dengar yang Nabi s.a.w bagitahu yang majoriti di neraka @ hellfire pon kami juga.Aduhh! mana mungkin begini. Tapi itu Nabi s.a.w yang ujarkan. Pasti tepat sekali. Bahayakah kedudukan kami? Mungkin tidak, kami memang sempurna dan beriman.Walaupun kami dedah pusat-buah dada di khalayak ramai tapi kami ada iman.Iman kami ada dalam hati tau. Orang mana nampak. Kami buka tudung tak bermakna kami jahat. Itu tandanya kami ikhlas dalam ber'amal.Kami tak suka hipokrit-hipokrit ni. Kami terus terang je.

A/A/S: Binatang tak punya aurat-manusia ada aurat= dedah aurat jadi binatang.

Friday, October 9, 2009

Ada Cerita Aib Di Masjid-Angkara Siapa?

Lepas detik subuh kadar suasana alam tenang. Di masjid ada suara lantang berdengung-dengang. Berceramahkah?. Berkhutbahkah?. Entah. Tapi suara itu penuh lunak dan rasa yaqin yang kuat. Begitu petah berbicara. Hati tergerak mau tatap sang pemilik suara lantang. Kaki yang dipinjamkan perlahan-lahan diatur menghala ke tangga masjid.Angin, pokok-pokok dan tasik memerhati diri. Jalan sunyi dan lengang.

Suara lantang tadi makin deras dilontar. Hati rasa tak sabar lagi. Siapa gerangan? Butir-butir kandungan yang dilontar si suara lantang ada singgah di telinga. Hampa, isinya kabur. Tidak jelas. Kaki yang dipinjamkan akhirnya hinggap di halaman masjid. Langkah disusun meluru ke hadapan sang suara lantang. Utazkah?:hati menyoal. Punggung diletak sopan. Barulah jelas didengar isi-isi butiran kata si suara lantang. Sudah agak tua rupanya sang permbicara itu. Berserban mungkin dan berjanggut itu pasti. Ya, itu janggut. Sungguh yaqin terlihat gayanya. Banyak isu disentuh.

Hati terus fokus mau dengar nasihat.
Tiba-tiba.....

"Kita ni bukan buat ibadat, tapi adat ja semua,Doa pun adat ja, sujud-solat pun adat ja...ramai antara kita ni duk macam tu la..adat ja.." (Sang pembicara:2009)

Tiba-tiba...Telinga menerima gelombang yang sukar ditafsir oleh hati. Apakah sang pembicara itu Ustaz? Lidah kelu-hati menyoal bertalu. Wah!. Ini gaya menghentam rasanya.Diri sabar mendengar kata-kata yang makin laju dilontar. Jemaah lain pun sama.Hormat pada sang pembicara. Ya, kerna diri mau kan nasihat. Itu niat bertandang ke masjid.

"Nu, tengok di Palestin, Checnya, Pattani, apa jadi?Imam dok doa juga lepas solat. Tapi duk kena bunuh juga.Ni la punca. Doa pun macam-macam gaya.Ada yang boh tangan di hidung.Ada yang boh tangan di dagu, Ada yang boh tangan di saku..Saya tak boleh la kata ini sebabnya.Tapi macam tu la..kita ni duk tak reti macam tu la...."(Ibid:2009)

Ragu-keliru dan haru. Itu Ustazkah? Ya,pastinya sang pembicara berniat murni. Memang bagus gayanya. Tapi.Rasa ragu dan mual mula membelit diri. Terasa punggung mau diangkat pergi. Diri menyangka ada nasihat berbaur agama. Rupanya kecewa yang disapa. Ustazkah itu?. Kenapa begitu gayanya. Allah saja yang tahu.

Ya. Apa motif para jemaah umum disindir sedemikian. Sang pembicara ada niat yang besar pastinya. Ya, niat mau lihat para jemaah dan umat sempurna dalam ibadat. Tapi, rasional atau tidak? Sudah datang ke masjid mau dimalukan juga. Si suara lantang tegar dengan bicara gaya menegurnya. Tapi, diri melihat dari skop lain. Perlukah tiap-tiap hari para jemaah disindir-dimalukan? Apa natijahnya yang mungkin timbul.

Lagi sekali:Allah saja yang tahu. Mungkin saja, ada hati yang merajuk membawa diri.Pergi ke masjid lain atau saja terus tidur tanpa perlu ingat masjid lagi. Mungkin saja. Apakah termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah 1995 perbuatan menegur dengan cara yang sopan jadi satu kesalahan? Apakah reaksi si Ah Chong dan Siva jikalau mereka terdengar bait-bait sindiran dari dalam masjid. Ya, apakah reaksi mereka? Mungkinkah begini:?

"Ayya!, itu olang banyak bising oo.malah-malah selalu": Ah Chong
"Amma,Appa!, itu orang tak da lain kerja ka, marah saja tau": Siva

Bersambung semula.Ustazkah itu?. Ya, berjanggut elok sekali. Berserban apatah lagi-molek berkali-kali. Hampa. Kerana sang pembicara guna teknik hentam kromo ala-ala pendebat. Ya, apakah salah jika si suara lantang menegur dengan gaya yang mulus?Diri fikir mungkin itu lebih baik. Ya, sangat baik maksudnya. Yang sudah datang ke masjid masih lagi ditikam + dihentam. Apa si suara lantang tidak faham bahawa sukar sekali anak-anak Adam di era ini mau menjenguk masjid. Alangkah bagus kiranya, sang pembicara memberikan nasihat berorientasikan SUNNAH BAGINDA S.A.W. Hampa lagi.

Tiada satu pun kata-isi bicara si suara lantang yang seronok didengar. Jarum terus bergerak.Tik..tak..tik..tak(kononnya). Tiba-tiba...."Saya fikir masa pun dah cukup.Saya mintak maaflahkalau ada yang terasa, kalau ada yang terkasar...Apa yang baik itu datang dari Allah..yang buruk tudari saya sendiri.....(Ibid:2009)

Ya, Sang pembicara menamatkan majlis. Seolah-olah angin, dinding dan jemaah tersenyum lega. Ya, lega kerana hentaman dan tikaman lidah sudah lenyap. Hati kembali rileks. Tiada lagi soalan: Ustazkah itu?. Tragedi selepas subuh itu dibiarkan berlalu pergi.Sang pembicara pun menuju pergi. Masing-masing membawa diri.

A/A/S: Ikut Suka Kau Lah Ustaz!

Ada Apa Dengan Malaysia?:"Cis!"



Tajuk-tajuk akhbar mutakhir ini!

"Remaja mati ditetak
Kepala koyak
Enam ditahan positif dadah
Bahana cuba pil khayal
10 minit bergelut peragut
Wanita kena penjara 7 tahun
Muka pecah kena lempang
Kemaluan terkoyak
Anak dara dirogol, cabul
Ibu mati dijerut anak
Bapa "makan" anak sendiri
Adun rasuah 3.juta
Ustaz liwat murid
Gadis mati tanpa kepala"


Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahkta,

Apa yang berlakunya sebenarnya?. Negara Islam. Negara membangun. Slogan cemerlang,gemilang,terbilang siap dilaung. Bendera negara pun sudah ada. Tugu negara sudah lama dibina. Pemimpin pun ramai dah yang mati. Islam Hadhari. 1Malaysia kini dirai. PM baru pun sudah dilantik. Pendapatan hasil negara memang lumayan. Rakyat hidup macam binatang. Mungkin binatang lagi aman hidup dari manusia.Mungkin dan memang begitu fikirnya.

Ya.Negara maju.Bangunan tinggi-tinggi.Jambatan panjang-panjang.Jalanraya berlapis-lapis+bertingkat-tingkat. Masjid berbillion-billion. Pusat pentadbiran negara berjuta-juta. Apa yang tak kena? Tengok balik lirik lagu Negaraku. Ada tak gambaran situasi sekarang atau hari ini dalam lirik lagu itu?Rasanya kalau pencipta lirik lagu Negaraku itu masih hidup hari ini mesti dia terkejut. Dan aku pun malu nak nyanyi lagu Negaraku itu. Semua fakta dalam itu salah. Paradoks habis dengan keadaan hidup hari ini.

Ya, keadaan hidup yang benar-benar genting. Ibarat "injury time" atau menunggu 'bom masa" yang nak meletop saja. Gila! Apa makna tamadun jika dirujuk dengan keadaan manusia-manusia hari ini. Layak kah kata "tamadun" itu dikaitkan dengan tatacara kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Aku kata MUSTAHIL!.Manusia zaman ini di negara ini sudah hilang tamadun. Hilang semua.

Dalam lagu kebangsaan itu sungguh manis dan sopan makna yang diujarkan. Bila dengar rasa bersyukur dapat hidup di bumi Malaysia ini.Bersyukur?. Apa yang nak disyukurkan?. Hari ini, tiada apa yang nak disyukurkan. Mungkin ada. Ya, sebelum terlupa. Bersyukur sebab Malaysia tiada gempa bumi. Bersyukur sebab Malaysia tiada gunung berapi aktif. Bersyukur sebab Malaysia tiada taufan. Bersyukur sebab Malaysia tiada banjir lumpur. Bersyukur sebab Malaysia tiada kebakaran hutan.Namun, kecelakaan akhlak dan gejala jahat yang diperhebatkan.Hampa.

Tapi!, Tak mustahil esok lusa semua itu akan singgah di Malaysia. Siapa tahu-Allah tahu. Ya, cuba tengok semula statistik buang bayi di Malaysia, menurun ke meningkat? Cuba tengok peratus rogol-bunuh-bakar makin menaik atau berkurang? tengok lagi kadar rasuah-songlap-rompak duit rakyat, makin sikit atau makin banyak?

Selidik semula prestasi zina-minum arak-sumbang mahram hari ini,makin banyak atau makin kurang?Kaji lagi pencapaian bangunan-pejabat dan rumah runtuh, makin berleluasa atau makin lenyap? Tengok lagi aksi ragut-tendang-seret di jalanraya, makin menjadi-jadi atau sudah senyap?. "Inilah citra Malaysia tercinta. Negara yang kupuja kerana dikau aku bergelar rakyat". Ya, rakyat yang menunggu masa untuk diragut dijalanraya.

Ya, rakyat yang menanti saat dirompak dan diliwat. Ya, rakyat yang membilang hari untuk dibunuh dan diculik. Ya, rakyat yang sedang menuggu giliran untuk dirasuah dan dijerat."Malaysiaku bumi bertuah. Negara Islam tercinta. Oh Malaysiaku, kau negara Islam.Islam yang engkau naungi".Tapi mengapa, rakyat menanti celaka dan malapetaka. Ya, hari-hari berita muka depan akhbar menyediakan tajuk-tajuk panas yang sudah jelek hendak ditatap.

Asyik-asyik "rogol-bunuh-liwat-cabul-rasuah-culik-bakar-jerut leher-rompak-ragut-curi-songlap-sepakterajang-gay-pondan-lesbian-haruan makan anak & bagai lagi". Inilah nikmat menjadi penghuni bumi Malaysia. Bersyukur. Keadaan cukup genting. Mana-mana pun tidak selamat. Setiap masa perlu berwaspada. Inilah nikmat keamanan yang dilaungkan olen pemimpin haprak Malaysia.Keamanan, ketenangan dan segala macam "ke" adalah milik mutlak ALLAh s.w.t.

"Oh negara Islam-Malaysiaku sayang".
"Kini dikau diulit bencana"
"Bencana akhlak rosak yang bermaharajalela".
"Rakyat hidup sengsara".
"Dan ramai yang sudah gila"
"Oh.Malaysiaku sayang."
"Pemerintah gila kuasa dan"
"Rakyat menderita-gilanya"
"Malaysiaku tercinta"
"Duhai pemimpin durjana"
(Warning:Jangan nyanyikan sewaktu perhimpunan di sekolah)

Ya.sayu melihat telatah manusia-manusia hilang pedoman. Tiada beza dengan binatang. Ya,sama dan serupa bahkan lagi hina:[Kata Al-Quran]Ya, apa boleh buat. di kampung pun sama sahaja. Anak luar nikah bersepah-sepah. Ramai sudah yang hilang dara-teruna. Bayi dibuang dalam longkang itu biasa. Janin digigit biawak itu normal. Mayat bayi berulat itu biasa. Anak dara mati dibakar-cincang itu bisa. Ibu muda mati ditetak itu biasa. Semuanya biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa.

Semua orang sudah biasa. Dan rakyat pun sudah biasa. Rakyat pun sudah lama terima.Pemimipin lagi-lagi biasa.Malaysia pun sudah biasa saja."Oh.Malaysiaku tercinta.""Dikau bumi bertuah.."Hari ini mestilah berlalu pergi bersama sejarah. Esok lusa lain cerita. Apalah nasib oh Malaysiaku sayang. Tragedi sudah bertukar sejarah. Bala maksiat sudahpun meresap dalam adat. Budaya sudah lama menidakkan agama. Oh! agama Islam tercinta. Islam yang lebih mulia dari dikau.Oh! Malaysia tiada harga. Akar kejahatan dan perilaku sumbang sudah lama tertanam.

"Malaysia berdarah.."
"Malaysia rakyatmu parah.."
"Malaysia dijarah.."
"Malaysia dilapah-lapah.."
"Islam hanya sejarah..""Malaysia tak bertuah.."
"Malaysia negara terpokah"
"Malaysia rakyatnya punah.."
"Malaysia maruahmu musnah.."
"Malaysia jiwamu bernanah.."
"Malaysia hanya tinggal tanah.."
"Malaysia kecewa sudah.."

A/A/S:Kau Melayu atau Malaysial bukan 'point' nak ke syurga.

MANUSIAL @ MANUSIA: Situasi-Situasi

Situasi 1:

Di satu jalanraya, ada seorang pakcik yang "cool" berjubah, berjanggut dan bercelak di bibir matanya.Pakcik itu sempoi dok tunggu lampu hijau "trafic light" menyala. Mulutnya terkumat-kamit-berzikir barangkali. Hebat sungguh pakcik itu beramal. Dia bersama motosikalnya rilek "stay" belakang sebuah kereta 'amoi'.

Tiba-tiba, lampu hijau menyala. Kereta-kereta yang dibaris hadapan bergerak terus. Tapi, 'si amoi' masih tak meluncur bersama keretanya. Pakcik berjubah yang "cool" tadi mula menjeling 'si amoi'. 'Si amoi' rupanya sedang bergayut dalam telepon. Hati pakcik yang "cool" mula panas.

Pakcik: Celaka punya cina..! Dok bergayut sakan pula.
Pengguna jalan raya lain: Woi..! buta ka? Tak nampak hijau ka.?

Lima belas saat kemudian barulah 'si amoi' bergerak tanda faham. Muka pakcik berjubah-celak masih merah. Marah tahap raksaksa agaknya. Mood zikir pakcik itu habis kacau. Dan pakcik itu terus pergi bersama motosikalnya ke destinasi bersama hati yang panas.

Tema & Persoalan-

Sedang syok duk berzikir atau mengingat Allah s.w.t, tiba-tiba hati pakcik yang "cool" dikacau oleh situasi yang agak menggila. Hilang habis sabar pakcik yang berjubah. Kenapa jadi begitu wahai pakcik? Atas motosikal dan dijalanraya sambil berzikir-hebat betul amalan pakcik. Tapi sayang, seribu kali sayang pakcik, kenapa pakcik duk selamba 'sound':

"Celaka punya cina..!"

Sedang sempoi duk cuci hati yakni berzikir tiba-tiba pakcik yang amal sunnah ini bertukar menjadi ganas. Hati terus jadi panas.Mana pergi separuh iman pakcik? Elemen sabar terus dibakar oleh nafsu yang ganas. Lidah yang elok duk berzikir selamba duk 'sound' ayat kurang enak.Pakcik dari dalam situasi itu dari luarannya sudah dahsyat amal sunnah. Berjubah-berjanggut-bercelak memang 'cool & steady'.

Tapi, sayangnya hati pakcik mudah terbakar. Macam api kecil yang disimbah petrol. Cepat betol refleksnya.Mana pergi kesan-kesan 'kemanisan' berzikir di atas motosikal sambil menunggu lampu hijau 'trafic light' di jalanraya pada diri pakcik tersebut?. Apa guna pakcik duk sarung jubah-simpan janggut-sapu celak itu? Di mana silapnya wahai pakcik?.Kata ustaz, Nabi Muhammad s.a.w diturunkan untuk sempurnakan akhlak manusia.

Tapi pakcik itu duk pakai jubah,celak dan simpan janggut tak jadi masalah. Soalnya, akhlak macam musang tetapi perasan ada iman. Ustaz kata Nabi Muhammad s.a.w tak paksa manusia dok gila pakai jubah-celak dan simpan janggut. Tapi, Nabi s.a.w suruh dan bertegas supaya manusia berakhlak bagus.Apa guna berjubah,bercelak dan berjanggut tetapi akhlak macam firaun.

Mungkin dari jauh nampak eloklah juga. Ada jugaklah nampak syiar Islam dan sunnah Nabi s.a.w diamalkan. Tapi, kalau dengan sempurnanya aksesori luar sahaja tapi "inner component" dah 'condemn' tak ada guna jugak. Jadi, moralnya barangkali janganlah menjadi umat Nabi s.a.w yang berhati musang sambil menyamar dengan pakaian Nabi s.a.w.


Situasi 2:

Si Mamat (bukan nama sebenar) sedang sempoi duk berbaris di mesin ATM. Gaji bulan ini baru masuk agaknya. Mamat berdiri empat dari hadapan barisan.Terdapat tujuh orang yang sedang berbaris ketika itu untuk 'cucuk duit' masing-masing. Seorang nenek tua pula mengambil alih giliran 'mencucuk duit'. Tangan kiri dan kanan nenek tua terketar-ketar.

Sekitar tiga puluh enam saat masa diambil oleh nenek tua untuk 'mencucuk kad bank' ke dalam 'tempat cucuk kad'. Mamat, seorang 'broder otai' dan seorang 'awek' menjeling tajam kearah nenek tua itu. Ketiga-tiga mereka geram semacam-seolah-olah mahu dicincang saja nenek tua itu. Lebih kurang dua puluh lima saat diambil oleh nenek untuk menekan nombor pin beliau. Mungkin mata nenek tua sudah rabun sebaya dengan umurnya.Mungkin saja.

Masa terus berjalan. Ketiga-tiga makhluk tuhan yang berbaris di belakang nenek terus disimbah oleh api ketidaksabaran yang membara.

"Lembap betol orang tua nih", 'broder otai mula mencemuh geram.
"Berapa juta mau cucuk orang tua ni..?, awek sempoi berbisik.
"Hoi..! tengok orang belakang la mangkuk..!, Si Mamat selamba 'sound'.

Nenek tua mula gelabah. Akhirnya nenek tua dengan muka bersalah cepat-cepat mempercepatkan langkahnya yang sememangnya tidak secepat 'beruk tiga ekor' itu. Wang beberapa keping disumbat dan digumpal ke dalam colinya. Nenek tua lantas berlalu pergi tanpa menoleh. Si Mamat, 'broder otai' dan awek kembali lega.

Giliran 'mencucuk duit' mula diteruskan semula dengan kadar yang normal. Api ketidaksabaran mula reda dan malap. Semua pengguna mesin ATM kembali bahagia menggunakan servis itu.

Tema & Persoalan.

Si Mamat sudah pasti satu ikon kurang ajar yang tegar melalui situasi tersebut. Inilah gambaran realiti akhlak manusia biasa yang hidup di Malaysia. Adakah sebegitu perangai makhluk bernama 'manusia'?. Apa punca yang sebabkan seorang budak mentah itu berani dan tanpa segan 'menyound' seorang nenek tua. Nenek tua yang barangkali sebaya umur dengan neneknya sendiri.

Adakah si Mamat berperilaku sedemikian disebabkan oleh hatinya yang busuk dan berbatu. Mungkin. Ya, mestilah sebab Mamat punya hati yang keras dan 'mati'. Tetapi jika digunakan teknik 'bandingan watak',yakni watak 'pakcik' pada situasi 1 dengan Mamat di situasi 2 maka Mamat pastilah lagi "cool". Tak gitu?.

Ya, pasti Mamat lagi "cool" atau sempoi. Hal ini demikian kerana, pakcik yang perasan wali itu sedang cuci hati tapi bertukar menjadi seganas 'incredibile hulk'. Tapi, Mamat memanglah pemuda jalanan yang sempoi. Mungkin saja seorang Mat Rempit, mungkin penagih dadih, penyedut gam atau penghisap ais.

Itulah rasionalnya. Mamat mungkin saja tak mengerti bab cuci-cuci hati melalui zikir ni. Tak sehebat pakcik yang amal sunnah itu. Walhal, pakcik berjubah lagi maut punya duk 'sound' umat Nabi s.a.w yang juga saudaranya. Mamat-memang 'cool' & 'rudeboy'. Tapi, pakcik layak dapat pangkat "the old timer of rude oldman".

A/A/S:"Lu pikir la sediri pakcik'

MANUSIAL @ MANUSIA-Merujuk kepada Beruk

Apa beza manusia dengan beruk. Beruk tak pandai mengumpat. Beruk tak boleh menghina beruk lain. Beruk tak reti kutuk beruk lain.Beruk mustahil boleh sakitkan hati beruk lain menggunakan lidah. Sah-sahlah belum ada beruk yang pergi ke sekolah. Mana ada beruk yang belajar etika dan adab bergaul dalam masyarakat. Semua itu betul kerana Allah s.w.t yang 'create' beruk itu begitu rupa. Beruk tak boleh bercakap sebenarnya.

Tapi, apakah beruk tak berkomunikasi dengan beruk-beruk yang lain. Adakah beruk tidak bertutur menggunakan bahasa beruk dengan adik-beradik beruk dan kaum kerabatnya. Mungkin ya, mungkin tidak. Tuhan lagi tahu.

Kalaupun beruk itu ada bertutur seperti manusia dan kamu-kamu semua adakah beruk itu pandai dan gemar menyakitkan hati dengan menggunakan sepatah dua tiga perkataan sahaja. Manusia memang hebat. Dengan dua tiga patah kata pun dapat masuk neraka.

"Lidah tak bertulang bro!": kata orang.

Ya, beruk yang kita kenal hari ini adalah beruk yang tak pandai sakitkan hati makhluk lain menggunakan lidahnya. Ironinya, manusia yang makan nasi tapi beruk makan pisang atau sampah yang dibuang-manusia lagi teruk perilakunya.Beruk tak pergi sekolah tapi manusia berpuluh tahun ulang-alik ke sekolah tapi manusia lagi hudoh sikapnya dari beruk. Beruk tak mengaji Quran dan manusia 'terer' mengaji Quran tapi manusia pula yang jadi teruk dari beruk.

Tak peliklah jika empat puluh tahun lagi orang akan 'kompius' nak bezakan antara manusia dengan beruk.
Contoh:
"Orang ka beruk tu mama": Si anak.
"Itu macam babun Mama tengok": Mama.
"Eh, itu kambinglah mama": Sang papa.
"Mama..tengok tu lembu rupanya": Si anak.

Mungkin 'dialog' itu satu realiti atau fantasi yang tak punya erti.Tapi, siapa tahu. Tentulah Allah s.w.t yang tahu. Itulah gambaran secara kasar. Apakah kelihatan mutakhir ini manusia itu lebih 'terer' dari beruk. Beruk memang pandai panjat pokok. Beruk sangat taat kepada tuannya. Belum pernah dilaporkan oleh mana-mana akhbar di Malaysia khususnya tentang kes tuan beruk digigit beruk. Dan kalau adapun amatlah jarang. Berapa banyak pula kes manusia yang terajang-tendang-tampar ibu bapa sendiri? Siapa berani jawab-tentulah aku dan kamu semua tahu jawapannya.

Belum pernah dilaporkan tentang kes beruk merogol isteri tuan punya beruk. Tapi, berapa banyak kes bapa,abang,pakcik,atuk yang hilang aqal menodai darah daging sendiri? Kamu semua tolong jawab. Belum pernah dilaporkan ada beruk yang meragut buah pisang dari tangan atau bakul-bakul manusia. Mungkin beruk tak belajar cara hendak meragut. Beruk tentu sahaja boleh belajar melalui manusia seperti kamu dan aku.

Tapi, berapa ribu-juta kes manusia yang pergi sekolah (kononnya belajar) yang ganas meragut manusia lain di jalanan. Tak dapat apa yang disentap dibunuhnya manusia lain itu sampai mati demi mengecapi hasil ragut. Beruk sudah mesti "terkejut beruk" jika terlihat aksi ragut manusia seperti aku dan kamu semua di jalanan. Apakah beruk itu sebodoh manusia?

Atau manusia yang lebih bodoh dari beruk. (Fitrahnya manusia lagi mulia-cerdik). Hakikat tentang manusia hari ini telah memadam fitrah manusia itu sendiri sebagai makhluk yang paling mulia. Beruntungnya beruk kerana tak payah dihisab di padang Mahsyar nanti. Tak macam aku dan kamu semua serta manusia lain yang wajib dihisab. Tak terkecuali walau seorang pun.

"Untung jadi beruk." (Jangan gunakan ayat ini ketika mengeluh):Hiasan semata-mata

Kalau bercakap bab beruk ini memang tak cukup masa. Sampai beruk semua dah pupus pun tak habis. Manusia hari ini lebih teruk dari beruk kerana beberapa punca. Beruk memang sayangkan anak mereka.Juga tahu bagaimana menunujukkan rasa sayang itu kepada 'cahaya mata' mereka. Walaupun mereka seekor beruk. Dan pantang jika ada tangan-tangan yang gatal cuba mengusik anak mereka. Ini sifat beruk yang Tuhan berikan. Hebat bukan?.

Jika ada sebarang ancaman atau bahaya yang mendekati anak mereka (anak beruk) sudah pasti si ibu atau bapa beruk akan risau. Akan riuh rendahlah seluruh belantara dan hutan dengan suara kerisauan beruk-beruk disebabkan ancaman yang menimpa anak mereka. Ini sifat beruk yang unik. Malangnya, manusia seperti kamu semua dan aku langsung kecundang jikau hendak dibandingkan tahap keprihatinan dan sifat kasih sayang terhadap anak sendiri. Beruk memang 'terer' jaga anak.

Hari ini berapa orang ibu bapa dari jenis manusia yang tahu menjaga anak mereka? Kamu semua berani jawab?. Jika ada budak jantan datang rumah ambil anak dara mereka buat tidur,buat aksi ringan-ringan dengan anak mereka, haram mereka tak kisah. Ini sikap ibu bapa dari jenis 'manusial'. Bukan jenis manusia(pembetulan). Beruk yang tak pergi sekolah pun tahu jaga anak. Masalahnya, 'manusial' ini langsung buta dan tuli dalah hal-hal menjaga anak sendiri. Tak malu kepada beruk kah? Hairan.

Dan jika ada budak jantan yang datang ambil anak dara mereka, jarang sekali terdengar riuh rendah ibu bapa lain yang sekampung menunjukkan tanda risau dan prihatin. Beruk lagi tahu jaga anak mereka. Yang teruknya, ibu bapa dari jenis 'manusial' ini 'selamba beruk' saja tengok budak jantan 'pakai' anak dara mereka. Memang dasar 'manusia beruk'. Beruk pun malu nak mengaku bahawa manusia yang bodohnya lebih dari beruk. Entahlah istilah apa yag sesuai diberi kepada 'manusial' yang tak reti jaga anak ini.

Manusia tak reti jaga anak:
1- Manusia Beruk
2- Manusia Boruk (sebut ikut slang Nogori)
3- Manusia Buruk
4- Manusia Terberuk (Kau pilihlah sendiri)

Beruk tak pergi sekolah pun padahal. Ini spesis manusia yang bertahun-tahun mengaji sekolah dan berlagak dah jadi manusia tapi jahil langsung tentang hal-hal menjaga anak sendiri. Kau tewas dengan beruk wahai 'manusial'.Sekali lagi beruk berada diatas daripada dari manusia. Ibu bapa dari jenis 'manusial' hari ini memang sudah hilang identiti sebagai makhluk yang ada aqal.

"Woi..! Aqai ada ka??"

A/A/S: Jadilah manusia yang hebat dari beruk.

Kuang Ajaq!-"Dunia-Akhirat Kena Seimbang": Hang Kata

Hang duk bising pasai akhirat-dunia kena seimbang. Hang gila ka apa? Hang nak rasa penampaq jepun aku ka? Kuang ajaq! Hang selamba duk sebok pasai dunia hang tak cukup. Hang duk gila sebok pasai akhirat kena sama rata dengan dunia hang. Kuang ajaq! Sat gi aku tampaq hang baru hang tau langit itu tinggi ka rendah?!Kuang ajaq! punya budak sempoi duk ada.

Hang sembahyang pun kacau bilau, tapi sempoi duk berjalan atas muka bumi Tuhan. Tak cukup dengan amal yang kurang hang sebok duk bising pasai dunia hang tak cukup na. Kuang ajaq!
Hang berangan nak seimbangkan akhirat na, hang toksah duk perasanlah. Hang try hitung berapa jam hang bagi masa untuk akhirat hang?.

Berapa ribu kali hang duk menangis pasai akhirat hang tak cukup bekal. Kuang ajaq!Macam ni manusia pon duk ada ka? Hang yang aku rasa perasan dah sedia nak masuk qubu' ini tak ada apa pon nak bawa pi akhirat. Tapi, lagu mana hang ni sebok duk nak bagi dunia hang cukup? Pasai apa hang jadi lagu tu. Sampai bila dunia hang nak cukup?. Sampai bila akhirat hang nak seimbang? Hang jawab mai kat aku!Kuang ajaq!

Hang pon duk gila dengan dunia dua puloh empat jam sehari. Hang pon duk gila pulun dunia sampai tak ingat hang punya lubang qubu' sempoi duk tunggu hang!

Lubang Qubu': "Hoi! Manusia sombong, hang mai sini siap hang! Aku himpit hang sampai terberak hang nanti."Hang toksah duk sombong berjalan ataih aku. Jago hang na...!

Lagu tu ka hang kata hang nak seimbangkan akhirat hang. Kuang ajaq betoi! Hang ni tak reti agama ka perasan tak reti agama? Kalau Nabi pun duk solat sampai bengkak kaki, hang berlari kejaq dunia sampai seliuh kaki, apa kejadahnya.Kepala hotak hang seimbangkan dunia-akhirat!

Kalau Nabi pon sakan duk menangis dalam sedu-sedan, hang pulak bengkak mata pasai tidoq sampai pukui dua-tiga petang. Lagu tu hang punya gila perangai duk ada pun hang duk kata nak seimbangkan akhirat ka? Kuang ajaq!.Hang surau-masjid pun tak kenai. Tangga masjid pun pelik tengok muka hang sesat mai masjid-surau dua tiga tahun sekali.

Mengaji Quran pun haram hang tak buat. Nak pegang biji tasbih pun hang tak reti Hang dah bertahun duk qadho' Subuh, orang solat pukui lima-enam, hang solat pukui lapan-sembilan. Kuang ajaq! Lagu ni hang punyai perangai dengan agama pun, hang gila duk sebok nak seimbangkan dunia-akhirat hang na?

Hang ni agama pun tak mengaji, duk gila mengaji ilmu mat salleh sampai ke tua. Sampai mampuih hang duk gila kena tipu dengan mat salle kapiaq itu saja. Hang bukan nak mengaji ilmu-ilmu agama.

Hang kata: "Tak apa lah yang tu chek, nanti dah cukup duit kita pakat belajaq la agama. Tahu sikit-sikit padanla na.."

Kuang ajaq!Hang sebok duk kejaq dunia nanti saat hang nak mampuih hang duk berteriaklah sepuasnya:

Hang kata( saat nak mampuih): Oh..dunia aku,kereta aku tak bayaq lagi. tanah aku duk ada tiga ratus ekar tak usik lagi..oh dunia...bini muda aku cantik duk ada tak puas jamah lagi...oh dunia..rumah besaq aku lima buah duk ada tak abih bayaq lagi...oh dunia...!

Kalau lagu ini la hang punya nasib saat nak mampuih nanti-teruklah hang. Memang hang gila duk cari pasai dengan azab Tuhan. Rasa lah hang nanti bila masuk qubu'. Hang tau lah nasib hang bila kena campak masuk qubu'.Bila hang dah masuk qubu' baru hang tahu apa makna seimbangkan dunia-akhirat hang.

Dulu masa hang tengah sempoi duk hidup bukan hang tau apa pasai nak mampuih. Bukan hang sebok nak cari bekal nak masuk qubu'. Tapi hang duk gila dengan dunia hang tu lah. Bila hang dan kena lempaq masuk dalam qubu' baru padan muka hang! Rasalah hang kena penampaq dengan Munkar & Nakir. Hancuq lah muka hang. Biar padan muka hang.

Kuang ajaq punya pasai, tak pasai-pasai hang makan penampaq Munkar & Nakir.Baru hang tau yang mana kena seimbangkan dulu. Baru hang tau lagu mana cara nak seimbangkan dunia. Kuang ajaq! Bila hang dah kena lempaq masuk qubu' baru hang rasa nilai agama. Masa tu dah tak ada guna hang nak meraung-melalak macam beruk. Malaikat sempoi duk ada tunggu nak bantai muka hang bagi hancuq!. Padan muka hang!Kuang ajaq!

Masa muka hang dah hancuq kena tibai dengan Munkar & Nakir baru hang nak menyesai. Nak menyesai kepala hotak hang! Dah tak guna bila muka hang dah pecah masa tu. Hang toksah duk menangis macam pondan la bila muka hang dah hancuq. Rasalah hang akan nikmat & akibat hang yang gila nak seimbangkan dunia-akhirat. Rasalah hang na! Kalau masa hang tengah duk hidup dulu hang ada ramai kawan. Hang ada harta banyak.Hang duk ada duit,kedai,pejabat & kebun banyak. Masa hang kena penampaq dengan Munkar & Nakir semua itu haram tak berguna untuk hang.

Bolehka hang nak panggil hang punya kawan. Panggil hang punya bapak sempoi duk ada. Panggil hang punya bini. Panggil hang punya 'kebel' untuk tolong hang dalam qubu'?. Tak bolehnya 'mangkuk'. Nak panggil sapa pun tak boleh. Nu neraka duk panggil hang sempoi duk ada. Siaplah hang kena bakaq.

Mampuihlah hang jadi bahang bakaq api neraka Tuhan. Masa hang dah kena bakaq hang tunjuklah duit hang, hang tunjuklah sijil-sijil hang, hang tunjuklah kereta-rumah besaq hang masa ataih dunia dulu.Masa itu celakalah hang. Tak ada guna semua yang duk usaha ataih dunia dulu. Sia-sia saja,hang tak tau ka? Nanti bila hang dah kena lempaq dalam qubu' baru hang tau betoi ka tipu.

Kalau hang tak percaya, Tuhan haram tak kesah dengan hang. Setakat dengan hang seekoq bukan masalah untuk Tuhan lempaq masuk dalam api neraka. Neraka yang luas sempoi duk ada tunggu nak bakaq daging hang sampai hangit. Kuang ajaq! Hang yang kuang ajaq dengan Tuhan. Tuhan bagi 'free' saja apa yang hang nak. Hang nak api neraka Tuhan bagi api neraka untuk hang.

Hang duk merintih macam celaka: Adoi..! panasss..YA ALLAH..!! panasss... Tolong...!.Tolong...! Panasss...Dunia yang duk tipu aku..aku tak tau kata neraka sempoi duk ada tunggu aku...panasss....!!!

Mana dunia-akhirat yang hang kata nak seimbangkan? Mana? Hang habaq mai kat aku kalau ada. Kuang ajaq! Nak menyesai apa lagi 'mangkuk' bila hang dah kena bakaq. Hang duduk lah dalam api itu sampai tak mampuih-mampuih. Sapa nak tolong hang? Ada ka orang gila nak tolong hang? Mak hang pun tak mau tengok muka hang. Bini hang pun benci tengok hang masa tuh. Mampuih lah hang. Sia-sia hang jadi manusia.

Baik hang jadi lembu kambing. Lembu kambing pun benci kalau jadi macam hang. Baik lembu kambing lagilah daripada hang. Kuang ajaq! Hang yang kuang ajaq! Mana dunia-akhirat hang yang hang duk kata nak seimbangkan? Mana? Hang habaq mai kalau ada! Kuang ajaq!

A/A/S: Hang yang kuang ajaq tunggu masuk qubu' baru tau naseb badan.