Saturday, October 24, 2009

Apa Itu Dunia?

Cukuplah tu, dunia ini penipu. Jangan jadi bodoh. Nanti menyesal ditipu dunia tak berguna juga. Dunia ini bangkai. Semuanya tipu daya. Nanti terperdaya dengan dunia dan menyesal tiada faedah. Dunia ini Allah s.w.t yang buat. Allah s.w.t yang cipta, Dia yang jaga dan atur segala aktiviti dan 'events' di atasnya. Lepas Dia s.w.t buat,susun, hias dan atur dunia ini, Dia s.w.t bagitahu pulak yang dunia ini 'PENIPU'. Allah s.w.t bagitahu lagi melalui Nabinya s.a.w (yang aku dengar dari ustaz kata) bahwa dunia ini 'BANGKAI'.

Siapa yang waras atas dunia ini yang akan berkawan rapat atau menyayangi seorang 'PENIPU'? Kamu rasa ada tak manusia yang akalnya sihat akan berkahwin dengan seorang lelaki atau wanita yang tertulis perkataan 'PENIPU' atas dahinya? Contoh lain, kamu semua fikir ada tak manusia yang normal otaknya yang akan duduk berdamping dengan 'PENIPU' yang suatu masa akan menipu beliau sehingga tertipu atau 'PENIPU' tadi akan menghasut beliau supaya menjadi'PENIPU' seperti 'PENIPU' yang lain. Mestilah manusia yang waras akan bertindak sebaliknya. Kecuali memanglah wayar medula oblongata individu itu sudah rosak. Itu hal lain.

Pelik. Pelik sebab ramai sudah yang buta mata, pekak telinga, mati hati bila dihidangkan dengan dunia dan benda-benda dunia yang busuk berbangkai yang amat sangat. Tuan punya dunia sudah pesan siap-siap bahwa dunia ini 'BANGKAI'(yang aku dengar dari ustaz kata).Apa lah sangat nilai seketul 'BANGKAI' jika nak dibandingkan dengan AKHIRAT. Tapi, itulah masalah sekarang, ramai yang tertelan 'BANGKAI' yang busuk itu lantas lupa terus daging panggang, burung salai di AKHIRAT. Macam mana manusia yang ada PHd, pangkat-darjat, harta hebat, ilmu itu, ilmu ini boleh termakan dengan bau busuk 'BANGKAI'?. Inilah persoalannya.

Tiada pula dibina KEDAI MAKAN BANGKAI BERUK, RESTORAN BANGKAI ITIK MASAK SEPARUH, BANGKAI KUCING SIAP ORDER CAFE, D'BANGKAI GAGAK CORNER,BANGKAI KAMBING TOMYAM SIAM. Memang manusia yang perasan ada akal reti membezakan 'BANGKAI' yang berobjek,berjisim,nampak dengan 'BANGKAI' yang Nabi s.a.w yang bagitahu. Dunia ibarat 'BANGKAI'. Itu hal yang jelas. Jelaslah bahwa dunia itu memang 'BANGKAI' dan pasti akan hancur suatu detik kelak.

Yang sedang menggonggong 'isi-isi bangkai' pasti akan tersembam pecah muka nanti bila dunia ini bergoyang-gegak menanti kehancuran mutlak. Yang sedang menghirup 'sisa-sisa lendiran nanah bangkai' pasti akan terjelupak patah tengkuk bila dunia ini digoncang-goncang oleh tiupan Malaikat Israfil. Yang sedang bersandar di kerusi dek kekenyangan memamah 'cebis-cebis urat bangkai' pasti akan hancur kepalanya berselirat akibat ditindih oleh dunia yang sedang runtuh dan roboh.

Maka, apalah nilai dunia si 'BANGKAI' tak berguna ini jika dibandingkan dengan tujuan sebenar kita (manusia) yang dihantar untuk pulang dengan bekalan masing-masing ke kampung AKHIRAT. Mestilah dunia si 'PENIPU' ini haram tidak berguna untuk dipuja-sembah sehingga hancur muka, pecah kepala, patah tengkuk dibelasah oleh Malaikat Zabaniah. Memang tak patut,tak patut.Masalahnya ramai yang sudah lemas tenggelam berbuih mulut akibat ditelan ombak dunia yang penuh dengan 'BANGKAI' dan najis 'PENIPU'.

Jika digunakan perumpamaan yang sikit sopan, dunia ini bolehlah disebut sebagai 'JAMBATAN'. Dunia hanyalah 'JAMBATAN' untuk manusia pergi ke alam kehidupan yang ada di seberang 'JAMBATAN'. Fahamlah bahwa ada alam yang sedang menunggu kita di seberang sana. Allah s.w.t sedang menanti kepulangan kita ke kampung halaman di sana. 'JAMBATAN' tidak sesuai untuk dibuat tempat tinggal. Itu kerja orang gila. Kita hanya guna 'JAMBATAN' ini untuk pergi ke seberang sahaja. Jangan tidur atas 'JAMBATAN'.Jangan duduk lama-lama atas 'JAMBATAN'. Tak perlu dihias cantik-cantik 'JAMBATAN' itu sebab kamu akan tinggalkan juga ia akhirnya.

Kalaulah ada manusia sewel yang tidur, buat rumah, duduk bersila atas Jambatan Pulau Pinang mesti orang akan tangkap dan sumbat di rumah sakit jiwa. Ya, sebab 'JAMBATAN' bukan tempat untuk tinggal,bukan tempat untuk tidur. Jambatan hanya untuk digunakan sebagai laluan saja. Cukup setakat tu. Tak usah berpura-pura hilang akal untuk warnakan, hiaskan, bina besar-besar 'JAMBATAN' itu sebab nanti takut kamu akan mampus kelemasan sebab 'JAMBATAN' hanya siap separuh. Sia-sia saja hidup sebab sehabis umur kamu guna untuk hias 'JAMBATAN' sampai lupa nak hias AKHIRAT yang kekal.

Anggaplah dunia yang 'berbangkai' ini sebagai sebenar-benar 'BANGKAI'. Akui dan terima dengan penuh yakin dan keinsafan bahwa dunia ini 'PENIPU-BANGKAI-JAMBATAN'.InsyAlLah akan selesai masalah kerana kamu pasti yakin dan bertindak dengan bijak untuk tidak memakan 'BANGKAI', berkawan dengan 'PENIPU' atau berpura-pura sewel untuk tinggal, tidur, duduk bersila atas 'JAMBATAN. Jika hal ini yang berlaku nescaya InsyAlLah semua manusia akan faham dan nampak wawasan hidupnya.

Memang susah sebab AKHIRAT itu ghaib,tak nampak di pandang, tak sampai dipegang, tak berbau dihidu,dan itulah fungsi IMAN. Dengan IMAN barulah semua masalah bisa disetel,InsyAlLah.Ok, susah sangat kamu nak buang dunia dari tangan ye? Kamu rasa dunia ini seakan-akan melekat di hati sanubari kamu ye? Senang saja, kamu anggaplah dunia ini sama macam sisa-sisa taik yang melekat di jari tengah kamu semasa kamu sedang membasuh berak. Mesti ada sisa-sisa taik yang melekat di jari utama itu, pasti ada dan sisa yang melekat itulah kamu kena anggap ia sebagai dunia. Maka, jika begitulah fikiran kamu kepada dunia (sisa-sisa taik) nescaya pasti kamu akan buang dunia dari hati kamu seperti kamu buang sisa-sisa taik dari jari tangan kamu.

Mudah sahaja, kamu sentuh taik itu kerana ia satu keperluan dan ia memang juga satu arahan dari Tuhan azzawajala. Jadi, bila perlu sentuh, kamu sentuh sahaja setakat yang perlu dan lepas itu kamu cucilah dengan sabun akan jari-jari itu. (Yang ini tak perlu aku ajar pun sebenarnya, semua sudah tahu). Sebagaimana kamu tidak rela sisa-sisa taik itu melekat dijari kamu ketika kamu sedang makan nasi, tidur, bekerja dan bersetubuh dengan isteri maka sudah pasti rasa yang sama juga patut ada terhadap dunia. Begitulah juga dengan dunia ini, kamu ambiklah setakat yang perlu dan ingat dunia itu mesti diletak hanya di tangan,bukan digam di dalam hati. Dan lepas itu, bila perlu kamu lepaskan genggaman dunia itu maka kamu lepaslah ia dan letakkan di tempat yang sesuai. Nampak macam mudah.

Ya, mestilah ia akan jadi mudah bila kamu atau manusia semua gunakan akal dengan cara yang betul. Guna akal dengan ikut 'instruction' yang diberi oleh Tuhan azzawajala maka InsyaAlLah akan jadi mudah.Dunia 'BANGKAI-PENIPU-JAMBATAN'. Tampallah slogan ini di dahi sendiri jika rasa terpaut hati dan terpikat dengan dunia masih lagi tertanam utuh pada diri sendiri.

Janganlah jadi orang yang merugi.
Malaikat Maut mari pun tak sedar diri.
Nescaya rugi dan malanglah diri.
Kelak disana menggigit jari.
Panas membakar peneman diri.
Tiada kawan tiada isteri.
Hanyalah api sebagai penyeri.
Dibakar dipukul setiap hari.
Hancurlah muka,sesallah hati.
Rugi..oh rugi tidak bererti.


A/A/S: pastinya dunia akan tamat tempohnya juga. soalnya ialah samada mata dulu tertutup atau mata tertutup oleh debu-debu kacau bilau kiamat.Siapa tahu? jadi, marilah siap sedia balik ke kubur.Tempah kain kapan pesan keranda.

No comments: