Thursday, October 29, 2009

1Malaysia-Slogan Hancing?


"Bro, boleh ke you terangkan kat I apa dia definasi 1Malaysia itu? Sorry to ask you, sebab I tak faham. Aku segan nak tanya ramai orang. Sebab you dah muncul dalam TV bercakap tentang isu ini, I nak tanya youlah!"

Dia lantas menjawab,"Sebenarnya bro, aku pun tak faham. Dah dia orang suruh, aku cakaplah apa yang patut. Aku pusing ke sana, aku pusing ke sini dan cakap ajelah. Oh! Kau tengoklah aku bercakap dalam TV semalam?"

Saya jawab, "Tengok!".

Dia pun kata, "Haa, apa yang aku cakap itu, itulah 1Malaysia. Aku pun dah lupa apa yang aku cakap...dan itu pun 1Malaysia,"katanya sambil berdekah ketawa.

Selepas itu saya bertanya-tanya kepada begitu ramai orang termasuk pemimpin dalam kerajaan yang berkawan dengan saya tentang definasi 1Malaysia ini.

Tiada siapa pun boleh menjawab pertanyaan saya itu, malahan ramai pula akhirnya yang bertanya kepada saya apa itu 1Malaysia.

Mereka juga bertanya antara satu dengan lain soalan yang sama; masing-masing keliru.

Baru saya sedar bahawa bukan saya seorang yang tidak faham tentang slogan ini.

Rupa-rupanya Satu Malaysia yang tidak faham tentang 1Malaysia ini. Mungkin itukah definasinya?_ (Petikan surat pembaca Harakah Daily)




Jenuh si Piem mencipta bagai slogan hancing. Yang dulu si Hidung Cangkung galak dengan slogan nakalnya Wawasan 2020 beliau. Kelakar, sebabnya bila dah masuk tahun 2020 mungkin si Hidung Cangkung sudah reput pun jadi fosil. Lepas si Hidung Cangkung, naik pulak seorang lagi Piem baru. Agak 'slow' dan santun gayanya. Tidak susah untuk tengok rupa si Piem baru yang 'slow' tu tidor waktu 'meeting'. Maka dapatlah gelaran tak rasmi untuk beliau iaitu si Piem kaki tidor, si Piem siput babi dan bagai lagi.

Yang Piem 'slow' ini pun tak lepas dengan slogan beliau sendiri. Juga gian ingin melepaskan nafsu syahwatnya dengan cara mencipta slogan peribadinya. Malang sungguh kerana slogan yang beliau cipta benar-benar 'bangkai'. Lahirlah slogan yang berbaur agama kononnya ingin naikkan imej Islam. Katanya ingin bela nama Islam. Dengar khabar mahu buktikan yang Melaysial sebagai negara Islam. Hampeh, "Islam Hadhari-Ciptaan Badawi".Akhirnya slogan hancing yang sedemikian juga dibuang ke laut. Rakyat hanya dipergunakan atau dibonekakan dengan slogan-slogan hancing sebegitu untuk tempoh yang singkat. Sesingkat masa untuk membuang air kecil.

Tak sampai sepuluh tahun slogan-slogan hancing itu telahpun dilupakan oleh rakyat. Entah apalah yang si Piem-Piem ini mahu dan impikan. Kalau setakat jadi Piem untuk cipta slogan lebih baik tak payah jadi Piem. Jadilah posmen lagi bagus. Lepas pupusnya legasi si Piem siput babi kuat tidor waktu meeting, naiklah pulak seorang lagi anak Naga Pekan sebagai Piem baru. Dengan kepala jendol lagak bagai penjahat filem Hindustan melompat-lompatlah beliau dengan slogan yang tak kurang hancingnya yakni 1Malaysia.Memalukan sungguh.

Sekali lagi rakyat-rakyat diperbodohkan bagai kerbau dicucuk hidung dengan benang cap Kerbau. Rakyat pun dipaksalah anggukkan kepala tanda setuju dengan slogan baru buatan
anak Naga Pekan itu. Bersorak-sorailah rakyat jelata dengan pesta-pesta keramaian tanda gembira menerima slogan 1Malaysia yang indah itu. Menari dan berjogetlah mak cik-mak cik, pakcik-pakcik di kampung sebagai tanda hormat kepada slogan "bangkai" itu. Kilang-kilang dan para desingner sticker, banner pun berlumbalah buat duit dengan producedkan sticker dan banner 1Malaysia. Banyaklah duit yang dapat hasil janaan produk 1Malaysia itu.

Sudah puas dijaja dengan slogan barunya itu, si anak Naga Pekan sudah kepenatan melayan nafsu serakahnya itu. Dan rakyat jelata yang sibuk berdendang juga kepenatan. Papan iklan yang terpapar wajah si Piem anak Naga Pekan yang sedang senyum giat dipacak di seluruh kampung. Tak cukup dengan kampung habis seluruh bandar dipacak juga papan tanda 1Malaysia itu. Seluruh simpang dan penjuru terpacak batang tiang yang menahan wajah anak Naga Pekan yang tengah senyum. Rakyat juga tersenyum melihat slogan baru itu.

Nanti selepas si Piem anak Naga Pekan itu berambus dari tampuk entah slogan apa pula yang akan dicipta oleh si Pak Din Sin. Mungkin 1Jamban, atau 1Jiwa dan mungkin juga 1Bendera. Biarkanlah mereka si Piem-Piem kaki auta sibuk dengan agenda budak sekolah mereka. Biarkan sahaja masalah rakyat diabaikan sepuas-puasnya. Si Piem-Piem yang makan kenyang,tidur lena,poket penuh ini memang sekadar tahu mengenyangkan perut sahaja. Tiada peranan tiada agenda untuk berfikir sebagai seorang Piem.

Lepas si Piem anak Naga Pekan bertemu kubur pasti orang akan lupakan slogan hancing beliau itu. Slogan itu pasilah akan turut disumbat ke dalam kubur bersama beliau. Kerana slogan baru akan dicipta oleh si Piem yang baru. Itu sudah pasti dan rakyat pun sekali lagi diperbodohkan dengan tarian dan nyanyian meraikan slogan baru itu. Mabuk dan peninglah rakyat jelata dengan hilai tawa pesta-pesta keraian si Piem baru itu nanti.

Sedang rakyat pedalaman di Sabah dan Sarawak sedang kegelapan tiada elektrik tiada kad pengenalan maka riuh rendahlah tapak-tapak pesta di mana-mana menselebretkan slogan baru itu nanti. Sedang kadar buang bayi makin parah diberitakan makin galaklah si Piem dan rakyatnya berjoget dendang sayang menyambut ketibaan slogan baru. Rakyat pun terus menjadi dungu dan bebal. Si konco-konco Piem kenyang perutlah meratah hasil negara. Si bini-bini menteri berat tengkuklah menggalas emas 56 karat di batang leher masing-masing. Sang anak-anak menteri berseronok sakanlah berjoget di pub-pub hasil memakan duit titik peluh rakyat jelata.

A/A/s: Slogan Hancing tak punya erti. Rakyat juga tetap dibodohkan. Rakyat bagai orang terkena pukau. Orang-orang Piem akan kenyang perut makan duit rakyat dari hasil bumi Tuhan. Malaysia oh..Melaysial...

No comments: