Saturday, November 7, 2009

Baik vs Biasa-Biasa Saja

Manusia yang ada fikir agama. Lahir pulak sebagai Muslim. Kenal surau-masjid. Reti dan faham tentang agama tapi terkena penyakit “sasau setan”. Penyakit yang lebih teruk daripada babi yang terkena sawan babi. Golongan manusia yang sejenis ini meragui akan keupayaan mereka untuk membuat keputusan sama ada mahu jadi “baik atau biasa-biasa saja.”

Terkadang ada datang lamunan dan ilitzam halus dari lubuk hati mereka untuk mendekati agama. Namun, disebabkan penyakit sasau setan yang kronik membelit batin mereka, maka niat yang baik itu terhapus begitu saja. Ada kalanya ia angkara setan sendiri (yakni setan yang anak cucu iblis laknat). Itu hal lain, sebab ianya berpunca total daripada individu itu sendiri.

Di mana posisi diri sendiri mahu diletakkan sebenarnya berpunca daripada desakan dan keyakinan individu itu sendiri. Soal angkara setan itu cuma sebab yang kecil sahaja. Mereka sering berkata:

“Ah…awal lagi, nanti umur 40 aku pergilah surau…”

“Malulah pergi surau….rilek lu lah….”

“…oh..gila kau…alim sangat tak leh jugak bro….”

“Alah…buat apa jadi lebai sangat…selamba ya-ya ok ape….”


Itu cuma sebahagian celoteh laknat bebudak jahil yang kehausan agama sebenarnya. Dan yang pasti golongan atau kawanan makhluk derhaka ini biasanya benci dan gelisah bila telinga, mata, hati dan lidahnya dijamu dengan pelbagai juadah yang berperisa agama. Hati, telinga, hidung dan jiwa kawanan mahkluk sengsara ini akan terbakar dan hangus jika secara tidak sengaja terserempak dengan gejala-gejala atau isu yang berkaitan dengan agama.

Sebab apa? Sebab hati, telinga, mata dan jiwa pepuak ini sudah gelap-gelita lagi berselaput najis setan. Kesian pun tak guna. Tapi, itulah hakikatnya. Mendengar penjelasan tentang agama atau kehidupan akhirat, terdengar azan atau bacaan quran seperti hati mereka telah disimbah petrol atau minyak tanah. Begitulah dasyatnya aura agama.

Memang patut pun itu berlaku sebab hati dan jiwa kawanan makhluk Tuhan yang derhaka ini telah didiami oleh setan sejak beberapa lama dan sudah pasti bila dihadapkan dengan ayat-ayat Tuhan hati terus panas.

Tapi, apa boleh buat mereka masih lagi berkira-kira untuk buat keputusan sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja. Masih lagi dungu untuk buat keputusan sama ada nak masuk api atau masuk syurga. Sedang lagi bodoh berfikir nak minum air susu syurga atau nak minum air nanah neraka. Semuanya masih dalam kesamaran. Itulah kesan petualangan musuh jahat yakni setan laknat. Dan sebenarnya ia bukan salah setan, tapi individu itu sendiri yang bangang masih lagi bodoh (walaupun ada degree,SPM 19A,ada Phd,harta banyak dll) untuk buat keputusan. Nak jadi baik atau biasa-biasa saja.

Inilah penyakit ‘sasau setan’ yang jelek lagi memeningkan kepala. Kekawanan makhluk derhaka yang ‘blur’ memilih jalan ini sebenarnya amat lemah dan lembek. Mereka menjadi penakut dan pengecut. Semua perkara yang dilakukan akan menemui kebuntuan. Keadaan wajah kawanan mahkluk berhati mati memanglah ‘suram’ dan muram durjana. Percakapan mereka semuanya batil dan hilang punca.

Puak-puak yang sesat memilih jalan (sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja) ini amat sukar untuk berada dalam ketenangan. Jiwa mereka sentiasa gelisah dan lapar. Dahaga dan haus mencari sesuatu yang tidak diketahui apakah gerangan ‘sesuatu’ itu. Kesian pun tak guna. Malang sekali puak-puak berhati mati ini amat suka dan gemar berpaling daripada jalan kebenaran.

Sesekali terserempak dengan jalan kebenaran mereka akan segera berpaling muka, menukar haluan dan menyingsing tubuh dan menyimpang jauh ke jalan yang bersetankan iblis laknat. Akhir sekali, tiada lagi soalan -“sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa saja”. Dan hati kekawanan yang kesesatan ini akan terus hitam legam dan punah. Bersaranglah setan laknat dan segala macam makhluk kotor di hatinya.

Tiada lagi gemar mendengar berita-berita agama. Tiada lagi cenderung ingin berdamping dengan ayat-ayat kebenaran. Hilang terus keinginan untuk bertanya soalan -“sama ada nak jadi baik atau biasa-biasa”. Keputusan yang paling bangang akhirnya dipilih iaitu-


“biarlah aku jadi biasa-biasa saja”


Malang sekali kerana jalan yang “biasa-biasa saja” itu sebenarnya adalah jalan setan laknat. Dan stesen berhentinya kepada jalan “biasa-biasa saja ” itu adalah neraka Tuhan yang telah siap dibina. Malanglah dengan jalan pilihan berbunyi “biasa-biasa saja”
Jadi, apa boleh buat? Keputusan dan keinginan kepada jalan yang malang itu dibuat oleh si empunya diri. Tiada siapa yang mampu menghalang kecuali dengan izin Tuhan.

Rugilah mereka kerana tersilap pilih jalan.Jalan yang disangka “biasa-biasa saja” itu sebenarnya seburuk-buruk jalan. Agama tidak menyediakan banyak jalan untuk pergi kepada kebenaran dan hari kemudian. Hanya ada satu jalan yang betul iaitu

Arab sebut-“ih dinassiro tholmustaqiiim”
Melayu sebut-“jalan yang lurus”
Mat saleh cakap-“the right path”-
Dutch cakap-“Het juiste pad"
Italian said-“il sentiero giusto"
-Deutch kata“Der richtige Pfad“
-Spainish dijo -“el sendero correcto"


Jadi, apa jadahnya mereka yang berhati mati nak sibuk-sibuk jadi “biasa-biasa saja”?. Agama sediakan satu jalan saja. Hanya ada satu kaedah saja. Hanya ada satu petunjuk saja. Cuma ada satu haluan saja. Jalan yang lurus saja. Iaitu dengan cara jadi baik. Jadi baik mestilah dengan cara agama. Jadi baik seperti mana yang agama takrifkan. Jadi baik seperti yang Tuhan mahukan. Bukan jadi baik seperti kafir. Setiap yang kafir nescaya tiada satu pun kebaikan pada mereka. Jadi, yang benar-benar baik hanyalah ikut cara Islam. Islam itu baik dan yang baik itu belum tentu lagi benar-benar baik menurut Islam.

Orang kafir buat baik-berkahwin, jaga anak, bagi makan anak, hormat orang lain, buat kebajikan bantu orang susah tapi sembah selain Tuhan. Maka, gugurlah kebaikan itu sebagai yang diertikan mengikut piawaian yang Islam tetapkan. Jadi, soal nak jadi “biasa-biasa saja” Islam tak ajar dan tak pernah sebut. Yang ada cuma satu jalan yakni jalan lurus. Dan, selain daripada jalan yang lurus itu semuanya jalan sesat, jalan adik beradik setan, jalan bengkok dan jalan menuju ke jahanam.

Jadi, persoalan yang paling bodoh iaitu “baik atau biasa-biasa saja” memang haram tak perlu sebut. Sudah terang nyata ia hanya jalan adik beradik setan. Islam mengajar jadi baik mengikut maksud ‘baik’ yang sebenar. Dan jalan “biasa-biasa saja” adalah jalan orang yang bangang yakni sebangang setan laknat. Mereka cuba mencipta erti “baik’ itu mengikut kepala otak berjambul mereka sendiri. Akhirnya kebaikan yang dicari ada dalam api. Malangnya dan jangan kesian. Siapa lagi yang dapat menolong diri andai badan sudah dimakan api.


Emak ayah isteri jiran semuanya lari,
Kawan rakan taulan dan teman menjauh diri,
Duduklah bersimpuh gejolak dibakar api,
Perit pedihlah menahan panas si api nerakawi,
Oh, rugi dan malang apa nak jadi,
Sesalan tiada nilainya lagi,

Oh,api nerakawi menjilat badan,
Meranalah tuan sekehendak seksaan
Punahlah harapan dek buta memilih jalan,
Jalan Tuhan kau pesongkan,
Jalan setan kau hadap sembahkan,

Apalah nasib oh si dungu malang,
Hitam dan legamlah rupa berbalang,
Jadilah hamba rugi dan jalang,
Merana sengasara berbakar menjulang..


A/A/S: Pilih jalan biar betol-betolan. Jangan silap jangan ralat. Biar selamat tempat dituju. Jangan ikut setan jangan ikut kawan. tapi, ikutlah Tuhan nescaya aman.

No comments: