Wednesday, November 4, 2009

Bila Masa Kena Hormat Pendapat Orang Lain?

Bercakap pasal hormat mesti suatu benda yang rumit. Dan sudah pasti ramai manusia yang sudah akil baligh tahu dan faham akan maksudnya. Senang cerita jom rujuk kamus dewan dulu:

Hormat: sanjung, muliakan, agungkan, utamakan

Hormat: perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2. menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3. sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1. memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2. diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1. memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2. memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1. pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikurniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2. nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3. kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1. orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2. yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3. orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~.


Ok, jadi mungkin sudah jelas pengertian maksud perkataan hormat itu. Dan bila masa atau waktu bila yang sesuai kita kena hormat dengan pendapat orang lain. Kalau pendapat itu cuma tentang 'mee goreng basah' atau 'seluar dalam' atau tentang 'bini' tak jadi masalah untuk dihormati dengan sepenuh jiwa. Sebaliknya, perbuatan 'hormat' ini akan menjadi penyakit berbahaya sekiranya ia diaplikasikan pada tempat dan hal yang tidak sesuai untuk dihormati.

Contoh lagi, untuk bagi faham sikit. Kalau ada seorang budak yang datang ludah atas muka kamu dengan tiba-tiba tanpa sebab yang relevan. Adakah masih perlu lagi hormat beliau? (Ikut adab Islam mesti kena sabar) Tapi, dari satu sudut ia melibatkan maruah dan air muka seseorang dan ia perlu dijaga dan dibela. Ok,itu contoh mudah. Jadi, melalui situasi tadi mestilah perbuatan 'hormat' itu akan berubah posisi dan fungsinya dengan serta merta.

Sebenarnya itu hal yang remeh-temeh sahaja. Apa yang ingin dikupas ialah adakah perlu seseorang yang perasan menganut Islam menghormati seseorang (kawan baik,adik,bapaknya dll) sekiranya manusia tersebut menghina dan mempelekehkan agama. Amat tidak wajar sekali. Di sini peranan perbuatan 'hormat' itu akan seratus peratus berganjak dan perlu diletakkan ditempat yang sesuai. Maka, perbuatan hormat itu sebenarnya ada batas dan had yang perlu dijaga apatah lagi sekiranya seseorang dengan bongkaknya telah mempermainkan hal-hal agama.

Jika inidividu yang berkenaan hanya berdiam diri dan tersenyum sendiri setelah agamanya dipermainkan maka itu bukanlah sifat akhlak tawadhuk atau beriman bahkan itulah seburuk-buruk sikap. Buruk sebab merelakan agamanya itu dipersendakan sesuka hati oleh manusia terbabit contohnya oleh kawan baik, kawan karib, bapak sendiri, anak atau siapalah jua.

Jelaslah bahawa perbuatan 'hormat' sebenarnya perlu dimainkan pada masa dan tempat yang sesuai sahaja. Bukanlah dikatakan seseorang itu bijak, berakhlak dan bermoral sekiranya beliau mengatakan sebegini:

Bodoh Satu: I hormat you as a friend, you nak kutuk agama I tak apa. itu hak You kan.

Bodoh Lain: Yelah, aku diam saja. Jangan bimbang, aku jenis hormat pendapat orang. kalau kau cakap aku ni gila pun aku 'stay' hormat kau....

Bodoh Kedua: Saya diajar untuk hormat pendapat orang. Walaupun orang cakap saya menganut agama palsu. Saya tetap hormat dia...

Bodoh Lagi: Itu pendapat kau kan? Yelah aku setuju. Memang aku bangang walaupun aku sedang menghormati pendapat kau..

No comments: