
Tajuk-tajuk akhbar mutakhir ini!
"Remaja mati ditetak
Kepala koyak
Enam ditahan positif dadah
Bahana cuba pil khayal
10 minit bergelut peragut
Wanita kena penjara 7 tahun
Muka pecah kena lempang
Kemaluan terkoyak
Anak dara dirogol, cabul
Ibu mati dijerut anak
Bapa "makan" anak sendiri
Adun rasuah 3.juta
Ustaz liwat murid
Gadis mati tanpa kepala"
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahkta,
Apa yang berlakunya sebenarnya?. Negara Islam. Negara membangun. Slogan cemerlang,gemilang,terbilang siap dilaung. Bendera negara pun sudah ada. Tugu negara sudah lama dibina. Pemimpin pun ramai dah yang mati. Islam Hadhari. 1Malaysia kini dirai. PM baru pun sudah dilantik. Pendapatan hasil negara memang lumayan. Rakyat hidup macam binatang. Mungkin binatang lagi aman hidup dari manusia.Mungkin dan memang begitu fikirnya.
Ya.Negara maju.Bangunan tinggi-tinggi.Jambatan panjang-panjang.Jalanraya berlapis-lapis+bertingkat-tingkat. Masjid berbillion-billion. Pusat pentadbiran negara berjuta-juta. Apa yang tak kena? Tengok balik lirik lagu Negaraku. Ada tak gambaran situasi sekarang atau hari ini dalam lirik lagu itu?Rasanya kalau pencipta lirik lagu Negaraku itu masih hidup hari ini mesti dia terkejut. Dan aku pun malu nak nyanyi lagu Negaraku itu. Semua fakta dalam itu salah. Paradoks habis dengan keadaan hidup hari ini.
Ya, keadaan hidup yang benar-benar genting. Ibarat "injury time" atau menunggu 'bom masa" yang nak meletop saja. Gila! Apa makna tamadun jika dirujuk dengan keadaan manusia-manusia hari ini. Layak kah kata "tamadun" itu dikaitkan dengan tatacara kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Aku kata MUSTAHIL!.Manusia zaman ini di negara ini sudah hilang tamadun. Hilang semua.
Dalam lagu kebangsaan itu sungguh manis dan sopan makna yang diujarkan. Bila dengar rasa bersyukur dapat hidup di bumi Malaysia ini.Bersyukur?. Apa yang nak disyukurkan?. Hari ini, tiada apa yang nak disyukurkan. Mungkin ada. Ya, sebelum terlupa. Bersyukur sebab Malaysia tiada gempa bumi. Bersyukur sebab Malaysia tiada gunung berapi aktif. Bersyukur sebab Malaysia tiada taufan. Bersyukur sebab Malaysia tiada banjir lumpur. Bersyukur sebab Malaysia tiada kebakaran hutan.Namun, kecelakaan akhlak dan gejala jahat yang diperhebatkan.Hampa.
Tapi!, Tak mustahil esok lusa semua itu akan singgah di Malaysia. Siapa tahu-Allah tahu. Ya, cuba tengok semula statistik buang bayi di Malaysia, menurun ke meningkat? Cuba tengok peratus rogol-bunuh-bakar makin menaik atau berkurang? tengok lagi kadar rasuah-songlap-rompak duit rakyat, makin sikit atau makin banyak?
Selidik semula prestasi zina-minum arak-sumbang mahram hari ini,makin banyak atau makin kurang?Kaji lagi pencapaian bangunan-pejabat dan rumah runtuh, makin berleluasa atau makin lenyap? Tengok lagi aksi ragut-tendang-seret di jalanraya, makin menjadi-jadi atau sudah senyap?. "Inilah citra Malaysia tercinta. Negara yang kupuja kerana dikau aku bergelar rakyat". Ya, rakyat yang menunggu masa untuk diragut dijalanraya.
Ya, rakyat yang menanti saat dirompak dan diliwat. Ya, rakyat yang membilang hari untuk dibunuh dan diculik. Ya, rakyat yang sedang menuggu giliran untuk dirasuah dan dijerat."Malaysiaku bumi bertuah. Negara Islam tercinta. Oh Malaysiaku, kau negara Islam.Islam yang engkau naungi".Tapi mengapa, rakyat menanti celaka dan malapetaka. Ya, hari-hari berita muka depan akhbar menyediakan tajuk-tajuk panas yang sudah jelek hendak ditatap.
Asyik-asyik "rogol-bunuh-liwat-cabul-rasuah-culik-bakar-jerut leher-rompak-ragut-curi-songlap-sepakterajang-gay-pondan-lesbian-haruan makan anak & bagai lagi". Inilah nikmat menjadi penghuni bumi Malaysia. Bersyukur. Keadaan cukup genting. Mana-mana pun tidak selamat. Setiap masa perlu berwaspada. Inilah nikmat keamanan yang dilaungkan olen pemimpin haprak Malaysia.Keamanan, ketenangan dan segala macam "ke" adalah milik mutlak ALLAh s.w.t.
"Oh negara Islam-Malaysiaku sayang".
"Kini dikau diulit bencana"
"Bencana akhlak rosak yang bermaharajalela".
"Rakyat hidup sengsara".
"Dan ramai yang sudah gila"
"Oh.Malaysiaku sayang."
"Pemerintah gila kuasa dan"
"Rakyat menderita-gilanya"
"Malaysiaku tercinta"
"Duhai pemimpin durjana"
(Warning:Jangan nyanyikan sewaktu perhimpunan di sekolah)
Ya.sayu melihat telatah manusia-manusia hilang pedoman. Tiada beza dengan binatang. Ya,sama dan serupa bahkan lagi hina:[Kata Al-Quran]Ya, apa boleh buat. di kampung pun sama sahaja. Anak luar nikah bersepah-sepah. Ramai sudah yang hilang dara-teruna. Bayi dibuang dalam longkang itu biasa. Janin digigit biawak itu normal. Mayat bayi berulat itu biasa. Anak dara mati dibakar-cincang itu bisa. Ibu muda mati ditetak itu biasa. Semuanya biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa.
Semua orang sudah biasa. Dan rakyat pun sudah biasa. Rakyat pun sudah lama terima.Pemimipin lagi-lagi biasa.Malaysia pun sudah biasa saja."Oh.Malaysiaku tercinta.""Dikau bumi bertuah.."Hari ini mestilah berlalu pergi bersama sejarah. Esok lusa lain cerita. Apalah nasib oh Malaysiaku sayang. Tragedi sudah bertukar sejarah. Bala maksiat sudahpun meresap dalam adat. Budaya sudah lama menidakkan agama. Oh! agama Islam tercinta. Islam yang lebih mulia dari dikau.Oh! Malaysia tiada harga. Akar kejahatan dan perilaku sumbang sudah lama tertanam.
"Malaysia berdarah.."
"Malaysia rakyatmu parah.."
"Malaysia dijarah.."
"Malaysia dilapah-lapah.."
"Islam hanya sejarah..""Malaysia tak bertuah.."
"Malaysia negara terpokah"
"Malaysia rakyatnya punah.."
"Malaysia maruahmu musnah.."
"Malaysia jiwamu bernanah.."
"Malaysia hanya tinggal tanah.."
"Malaysia kecewa sudah.."
A/A/S:Kau Melayu atau Malaysial bukan 'point' nak ke syurga.


No comments:
Post a Comment