Friday, October 9, 2009

MANUSIAL @ MANUSIA-Merujuk kepada Beruk

Apa beza manusia dengan beruk. Beruk tak pandai mengumpat. Beruk tak boleh menghina beruk lain. Beruk tak reti kutuk beruk lain.Beruk mustahil boleh sakitkan hati beruk lain menggunakan lidah. Sah-sahlah belum ada beruk yang pergi ke sekolah. Mana ada beruk yang belajar etika dan adab bergaul dalam masyarakat. Semua itu betul kerana Allah s.w.t yang 'create' beruk itu begitu rupa. Beruk tak boleh bercakap sebenarnya.

Tapi, apakah beruk tak berkomunikasi dengan beruk-beruk yang lain. Adakah beruk tidak bertutur menggunakan bahasa beruk dengan adik-beradik beruk dan kaum kerabatnya. Mungkin ya, mungkin tidak. Tuhan lagi tahu.

Kalaupun beruk itu ada bertutur seperti manusia dan kamu-kamu semua adakah beruk itu pandai dan gemar menyakitkan hati dengan menggunakan sepatah dua tiga perkataan sahaja. Manusia memang hebat. Dengan dua tiga patah kata pun dapat masuk neraka.

"Lidah tak bertulang bro!": kata orang.

Ya, beruk yang kita kenal hari ini adalah beruk yang tak pandai sakitkan hati makhluk lain menggunakan lidahnya. Ironinya, manusia yang makan nasi tapi beruk makan pisang atau sampah yang dibuang-manusia lagi teruk perilakunya.Beruk tak pergi sekolah tapi manusia berpuluh tahun ulang-alik ke sekolah tapi manusia lagi hudoh sikapnya dari beruk. Beruk tak mengaji Quran dan manusia 'terer' mengaji Quran tapi manusia pula yang jadi teruk dari beruk.

Tak peliklah jika empat puluh tahun lagi orang akan 'kompius' nak bezakan antara manusia dengan beruk.
Contoh:
"Orang ka beruk tu mama": Si anak.
"Itu macam babun Mama tengok": Mama.
"Eh, itu kambinglah mama": Sang papa.
"Mama..tengok tu lembu rupanya": Si anak.

Mungkin 'dialog' itu satu realiti atau fantasi yang tak punya erti.Tapi, siapa tahu. Tentulah Allah s.w.t yang tahu. Itulah gambaran secara kasar. Apakah kelihatan mutakhir ini manusia itu lebih 'terer' dari beruk. Beruk memang pandai panjat pokok. Beruk sangat taat kepada tuannya. Belum pernah dilaporkan oleh mana-mana akhbar di Malaysia khususnya tentang kes tuan beruk digigit beruk. Dan kalau adapun amatlah jarang. Berapa banyak pula kes manusia yang terajang-tendang-tampar ibu bapa sendiri? Siapa berani jawab-tentulah aku dan kamu semua tahu jawapannya.

Belum pernah dilaporkan tentang kes beruk merogol isteri tuan punya beruk. Tapi, berapa banyak kes bapa,abang,pakcik,atuk yang hilang aqal menodai darah daging sendiri? Kamu semua tolong jawab. Belum pernah dilaporkan ada beruk yang meragut buah pisang dari tangan atau bakul-bakul manusia. Mungkin beruk tak belajar cara hendak meragut. Beruk tentu sahaja boleh belajar melalui manusia seperti kamu dan aku.

Tapi, berapa ribu-juta kes manusia yang pergi sekolah (kononnya belajar) yang ganas meragut manusia lain di jalanan. Tak dapat apa yang disentap dibunuhnya manusia lain itu sampai mati demi mengecapi hasil ragut. Beruk sudah mesti "terkejut beruk" jika terlihat aksi ragut manusia seperti aku dan kamu semua di jalanan. Apakah beruk itu sebodoh manusia?

Atau manusia yang lebih bodoh dari beruk. (Fitrahnya manusia lagi mulia-cerdik). Hakikat tentang manusia hari ini telah memadam fitrah manusia itu sendiri sebagai makhluk yang paling mulia. Beruntungnya beruk kerana tak payah dihisab di padang Mahsyar nanti. Tak macam aku dan kamu semua serta manusia lain yang wajib dihisab. Tak terkecuali walau seorang pun.

"Untung jadi beruk." (Jangan gunakan ayat ini ketika mengeluh):Hiasan semata-mata

Kalau bercakap bab beruk ini memang tak cukup masa. Sampai beruk semua dah pupus pun tak habis. Manusia hari ini lebih teruk dari beruk kerana beberapa punca. Beruk memang sayangkan anak mereka.Juga tahu bagaimana menunujukkan rasa sayang itu kepada 'cahaya mata' mereka. Walaupun mereka seekor beruk. Dan pantang jika ada tangan-tangan yang gatal cuba mengusik anak mereka. Ini sifat beruk yang Tuhan berikan. Hebat bukan?.

Jika ada sebarang ancaman atau bahaya yang mendekati anak mereka (anak beruk) sudah pasti si ibu atau bapa beruk akan risau. Akan riuh rendahlah seluruh belantara dan hutan dengan suara kerisauan beruk-beruk disebabkan ancaman yang menimpa anak mereka. Ini sifat beruk yang unik. Malangnya, manusia seperti kamu semua dan aku langsung kecundang jikau hendak dibandingkan tahap keprihatinan dan sifat kasih sayang terhadap anak sendiri. Beruk memang 'terer' jaga anak.

Hari ini berapa orang ibu bapa dari jenis manusia yang tahu menjaga anak mereka? Kamu semua berani jawab?. Jika ada budak jantan datang rumah ambil anak dara mereka buat tidur,buat aksi ringan-ringan dengan anak mereka, haram mereka tak kisah. Ini sikap ibu bapa dari jenis 'manusial'. Bukan jenis manusia(pembetulan). Beruk yang tak pergi sekolah pun tahu jaga anak. Masalahnya, 'manusial' ini langsung buta dan tuli dalah hal-hal menjaga anak sendiri. Tak malu kepada beruk kah? Hairan.

Dan jika ada budak jantan yang datang ambil anak dara mereka, jarang sekali terdengar riuh rendah ibu bapa lain yang sekampung menunjukkan tanda risau dan prihatin. Beruk lagi tahu jaga anak mereka. Yang teruknya, ibu bapa dari jenis 'manusial' ini 'selamba beruk' saja tengok budak jantan 'pakai' anak dara mereka. Memang dasar 'manusia beruk'. Beruk pun malu nak mengaku bahawa manusia yang bodohnya lebih dari beruk. Entahlah istilah apa yag sesuai diberi kepada 'manusial' yang tak reti jaga anak ini.

Manusia tak reti jaga anak:
1- Manusia Beruk
2- Manusia Boruk (sebut ikut slang Nogori)
3- Manusia Buruk
4- Manusia Terberuk (Kau pilihlah sendiri)

Beruk tak pergi sekolah pun padahal. Ini spesis manusia yang bertahun-tahun mengaji sekolah dan berlagak dah jadi manusia tapi jahil langsung tentang hal-hal menjaga anak sendiri. Kau tewas dengan beruk wahai 'manusial'.Sekali lagi beruk berada diatas daripada dari manusia. Ibu bapa dari jenis 'manusial' hari ini memang sudah hilang identiti sebagai makhluk yang ada aqal.

"Woi..! Aqai ada ka??"

A/A/S: Jadilah manusia yang hebat dari beruk.

No comments: