Di bawah sebuah pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut terdapat lima sekawan manusia yang sedang santai berbual. Kawan 1 sedang duduk bercangkung sambil menghisap rokok. Kawan 2 dan kawan 3 tenang menyandar di batang pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut itu. Manakala kawan 4 pula sedang membelek helaian surat khabar yang dikutip dari tong sampah berdekatan. Kawan 5 pula hanya berdiam sendirian sambil memandang ke langit kelam.
Kawan 4: Hoi…! Gila punya manusia! Budak satu tahun pun dicabul-rogol….(sambil meramas-koyak helaian surat khabar buruk itu)
Kawan 3: Apa hal ni..? Bising!
Kawan 4: Hal apa? Bising apa?
Kawan 2: Siapa bising? Hal apa?
Kawan 3: Kau apa hal? Apa maksud kau?
Kawan 1: Ada apa ni…? (hairan)
Kawan 4: Ini berita dalam surat khabar lah…gila!
Kawan 2: Kenapa? Surat khabar tu bising ke..? Dia bercakap ke..?
(Kawan 3, kawan 4 dan kawan 1 menjeling ke arah kawan 2. Masing-masing mencemuh geram)
Awan berarak kelabu pada malam yang kelam itu. Langit bersiul sayu dan angin pun begitu. Suasana sunyi menjadi pecah dan patah akibat kelam-kabut dek perbualan dan tengkingan yang datang dari batang lidah lima sekawan dari bawah pohon beringin tua yang sedang nazak akibat bertarung dengan maut itu.
Kawan 3: Kenapa ni..berita apa kau baca tu…?
Kawan 2: Ya…berita apa tu, menarik sangat ke….? Pelik tapi benar ke….? (ingin tahu)
Kawan 4: Ah..! kau diamlah. Banyak soal pulak…
Kawan 3: Ya, kau diam lah.
Kawan 4: Hei..kau pun sama..! jangan banyak soal. Diam! Ini ada berita gila.
Kawan 1: Apa yang kau bising-bising tu..? Hebat sangat ke berita dalam surat khabar buruk tu..?
Kawan 4: Ah..! kau pun diamlah….(sambil menjeling ke arah Kawan 5)
Kawan 3: Hoi..berita apa yang kau baca tu,,ceritalah sikit…
Kawan 2: Yelah..itu pun susah ke..apa lah kawan..belah la kau…! (dengan lebih-lebih mengejek kawan 4)
Kawan 5: Hei..apa hal kamu ni..? Kau baca apa? Ceritalah pada kami cepat. Kau nak aku pergi tampar kamu semua sorang-sorang ke…? (mengugut tegas kawannya yang bereempat itu)
Kawan 4: Tak da lah, ini ada berita budak kecil-umur setahun kena cabul-rogol oleh ‘mamat’ si suami pengasuh……….
Kawan 2: Oooo. Aku sudah agak tadi..mesti kes-kes yang macam tu punya..(perasan tahu)
Masing-masing terkejut mendengar penjelasan ringkas oleh Kawan 4 tentang berita yang dibacanya. Kawan 3 tertunduk mendengar khabar itu. Kawan 2 dan 1 menggeleng-gelengkan kepala mereka. Kawan 5 tetap juga berdiam sendirian sambil memandang ke langit malam yang kelam.
Kawan 1: Kat mana kes tu berlaku..? Kurang ajar!
Kawan3: Habis tu…budak kecil itu mati ke hidup?
Kawan 4: Entahlah…aku baca baru tajuknya…
Kawan 2: Cis….! Ingatkan dah habis baca tadi.
Kawan 4: Hoi..! kau diamlah….
Kawan 3: Sudah-sudah…bagi aku baca ‘paper’ tu.
Kawan 1: Ya, bagi dia baca lah senang. Tak payah buang masa.
Kawan 3: Dengar sini aku baca….
“Pasir Mas, 31 Feb 2009, Seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun lima belas minggu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ibunya mendapati terdapat pendarahan akibat luka di bahagian kemaluan kanak-kanak tersebut. Kini, kanak-kanak malang itu sedang mendapatkan rawatan rapi oleh dokor dan pakar perubatan di hospital terbabit. Hasil siasatan dan laporan perubatan juga mendapati bahawa kanak-kanak tersebut disahkan menjadi mangsa cabul dan rogol kesan daripada luka yang serius di bahagian kemaluannya. Ibu bapa kanak-kanak malang itu telah pun membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan atas kekejaman yang berlaku ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa itu. …………”
…………” Lelaki yang disyaki telah mencabul dan merogol kanak-kanak perempuan itu didapati merupakan suami kepada wanita yang diupah untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Saripah Joenut yang merupakan seorang jururawat telah mendapatkan khidmat menjaga anak perempuannya itu beberapa bulan yang lalu. Hasil maklumat awal juga mendapati lelaki yang disyaki berkenaan juga seorang penganggur dan bekas penagih dadah. ….”
Kawan 5: Biadab betul. Kalau aku dapat ‘setan’ tu memang hancurlah muka dia….
Kawan 2: Persetankan manusia macam tu….baik bunuh…!
Kawan 4: Ish..ish…
Kawan 1: Kalaulah anak aku yang kena matilah lelaki tu…
Kawan 2: Kau mana ada bini…ha..ha..ha..(ketawa besar)
Kawan 4: Haa..yelah kau pandai bercinta ke..? (turut ketawa sama)
Kawan 1: Hoi….kurang ajar kau..(geram)
Kawan 3: Hei..jangan main-main..dengar sini, aku sambung lagi…
“Menurut Saripah Joenut, ibu kepada kanak-kanak tersebut, didapati beliau telah mengesyaki sesuatu tentang sikap pelik pengasuh dan suaminya itu. Namun disebabkan tidak sanggup untuk berhenti kerja demi menjaga sendiri anak perempuannya,, beliau tetap memilih untuk mengupah wanita terbabit….”
Kawan 4: Oooo…!, padanlah..
Kawan 3: Apa yang padan?
Kawan 2: Yelah, padanlah jadi macam tu. Si ibu rupanya yang bersalah..
Kawan 1: Bodoh punya emak….anak sendiri pun tak nak jaga….bodoh..(marah bercambur geram)
Kawan 5: Ya…memang perempuan sekarang bodoh-bodoh…belaka.
Kawan 4: Mana kau tahu tu…kau bukan perempuan..!
(semua yang terdengar ketawa besar sekali lagi, perbincangan isu yang serius tadi menjadi kacau dan santai semula)
Kawan 1: Yelah,,kau bukannya perempuan, lagi pulak kau memang tak pernah kenal dengan perempuan pun..ha..ha…(ketawa besar bersambung lagi)
Kawan 2: Ha…ha..ha…kau pun sama la, mengata orang je tahu..!
Kawan 5: Diamlah, nanti aku terajang semua baru tahu. (berlagak serius)
(semua kembali diam dan tenang, masing-masing mengesat air mata da air liur yang meleleh semasa ketawa besar beberapa kali tadi)
Malam pun terus saja berlalu tanpa segan dan silu. Angin begitu setia menyanyi lagu sayu. Dan awan dan langit tetap juga begitu. Angin sesekali mencucuk tulang-tulang dengan kesejukan bagai terasa dicucuk sembilu.
Kawan 3: Tergamak dia buat macam tu kepada budak kecil tu….memang setan..!
Kawan 2: Itulah manusia sekarang….memang menakutkan..
Kawan 1: Ya, aku pun tak faham kenapa ada orang macam tu di sini.
Kawan 3: Hoi…bukan di sini lah…kes itu di Pasir Mas…Melaka!
Kawan 1: Ha..ha..ha..Pasir Mas bukan Melaka lah...bongok…!
Kawan 5: Ha..ha..ha..itupun tak tahu ke..? malu lah kau ni..!
Kawan 2: Pasir Mas di Johor lah..bodoh..!
Kawan 1: Kau lah yang bodoh…ha…ha..haa.
Kawan 2: Habis tu…?
Kawan 3: Kelantanlah….Pasir Mas di Kelantan…
Kawan 2: Hoi...sudah-sudah, tokang besar dah sampai tu...'barang' kita sudah datang tu..(sambil tersenyum)
Monday, October 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment